Taburan dan kemandirian komuniti haiwan primat dl habitat terganggu dan landskap terubahsuai di Sabah, Malaysia

Rayner Bili, (2016) Taburan dan kemandirian komuniti haiwan primat dl habitat terganggu dan landskap terubahsuai di Sabah, Malaysia. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Taburan dan kemandirian komuniti.pdf

Download (19MB) | Preview

Abstract

Gangguan dan perubahan landskap hutan hujan tropika akibat dari aktiviti buatan manusia di seluruh dunia berlaku secara berterusan dan pada kadar yang membimbangkan. Pada masa hadapan, kemandirian spesies yang menghuni hutan hujan tropika dilihat akan bergantung kepada pengurusan yang efektif terhadap pelbagai landskap yang terubahsuai ini. Satu kajian telah dilaksanakan terhadap komuniti haiwan primat yang menghuni habitat mengalami tahap gangguan berbeza iaitu dari habitat hutan primer kepada habitat hutan yang telah balak dan ladang kelapa sawit. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian secara langsung dan juga tak-langsung yang dilaksanakan pada waktu siang dan malam melalui rentis buatan manusia yang terdapat di kawasan kajian Projek Kestabilan Ekosistem Hutan Terubahsuai (SAFE) yang terletak di Hutan Simpan Kalabakan dan kawasan sekitarnya iaitu di bahagian pedalaman-selatan negeri Sabah, Borneo Malaysia. Sebanyak sembilan daripada 10 spesies primat yang terdapat di negeri Sabah telah disahkan wujud di kawasan kajian. Dua pendekatan telah diaplikasikan dalam kajian ini, iaitu pendekatan perbandingan di peringkat lokasi kajian (atau pendekatan-gradienl) dan pendekatan perbandingan di peringkat habitat (atau pendekatan-comparative). Berdasarkan kepada kedua-dua pendekatan ini, didapati bahawa habitat terganggu tidak memberi kesan terhadap kekayaan spesies primat. Walau bagaimanapun, habitat terganggu memberi kesan yang negatif terhadap kelimpahan komuniti haiwan primat. Kelimpahan komuniti haiwan primat menunjukan wujud perbezaan di antara habitat tak-terganggu dengan habitat terganggu. Sungguhpun demikian, apabila lokasi kajian digabungkan mengikut kategori habitat (Li., menggunakan pendekatan-comparative) didapati bahawa kelimpahan komuniti haiwan primat tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Ini menunjukan bahawa adalah penting untuk menilai sesuatu kesan gangguan habitat terhadap komuniti haiwan primat di peringkat lokasi kajian dengan menggunakan pendekatan-gradient. Kemandirian komuniti haiwan primat di habitat yang terganggu besar kemungkinannya dipengaruhi oleh saiz badan dan tabiat pemakanan primat yang mana spesies primat yang mempunyai saiz badan lebih besar dan cara pemakanan yang lebih fleksibel menunjukkan kemandirian yang lebih baik di habitat terganggu. Apa yang menarik dalam kajian ini ialah lokasi kajian yang dianggap secara umumnya sebagai habitat yang terganggu-teruk menyokong komuniti haiwan primat yang kaya iaitu termasuk spesies lazim dan tak-Iazim serta spesies yang mempunyai nilai pemuliharaan yang tinggi. Hasil kajian ini menunjukan bahawa walaupun hutan primer penting untuk mengekalkan biodiversiti tropika, namun hutan yang telah dibalak juga mempunyai nilai yang tinggi untuk pemuliharaan komuniti haiwan primat. Sebaliknya, kajian ini mendapati bahawa habitat ladang kelapa sawit jelas memberikan kesan yang negatif dan menjejaskan komuniti haiwan primat.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: non-human primates, tropical rainforests, man-made activities
Subjects: Q Science > QL Zoology
Divisions: SCHOOL > Institute for Tropical Biology and Conservation
Depositing User: Munira
Date Deposited: 20 Nov 2017 02:15
Last Modified: 20 Nov 2017 02:15
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17488

Actions (login required)

View Item View Item