Ujian fitokimia dan antioksidan akar Labisia Pumila Var. Pumiia

Nik Nadiah Nik Abdul Khalid, (2014) Ujian fitokimia dan antioksidan akar Labisia Pumila Var. Pumiia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Ujian fitokimia dan antioksidan akar.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

"Akar rerambut mempunyai kapasiti biosintesis yang tinggi, khususnya metabolit seperti yang terdapat dalam akar normal in vivo dan juga boleh digunakan sebagai sumber berterusan untuk pengeluaran metabolit sekunder yang bernilai. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur aktiviti antioksidan dan mengenalpasti kandungan polifenol dan flavonoid ke atas akar normal dan rerambut Labisia pumi/a var. pumila. Sampel akar rerambut disubkultur atas media MSO dengan dua kali vitamin manakala eksplan batang digunakan untuk pengaruhan akar normal atas media MS dengan 3.0 mg/L IBA. Eksplan yang berusia 16 minggu digunakan untuk pengekstrakan metanol. Ekstrak metanol kedua-dua sampel digunakan untuk penentuan aktiviti antioksidan menggunakan asai DPPH. Jumlah kandungan fenolik (TPC) telah ditentukan dengan kaedah spektrofotometri menggunakan reagen Folin-Ciocalteu manakala jumlah kandungan flavonoid (TFC) telah dianggarkan dengan kaedah kolorimetrik menggunakan aluminium klorida. Keputusan ujian DPPH ke atas ekstrak akar rerambut dan normal Labisia pumila menunjukkan ekstrak akar rerambut mempunyai aktiviti antioksidan yang lebih tinggi. Nilai IC50 akar rerambut ialah 0.038±0.0046 mg/ml dan akar normal ialah 0.0417±0.0021 mg/ml. Nilai IC50 yang rendah menunjukkan kehadiran aktiviti antioksidan yang tinggi. Kandungan polifenol ditentukan berdasarkan persamaan keluk regresi penentukuran piawai asid galik dan dinyatakan sebagai asid galik setara (GAE) bagi setiap gram sampel. Ekstrak akar rerambut mempunyai 18.02 mg GAE/g sampel; 0.0451±0.0011 mg/ml dan akar normal 12.93 mg GAE/g sampel; 0.0323±0.0023 mg/ml. Manakala, kandungan flavonoid ditentukan berdasarkan persamaan keluk regresi penentukuran piawai quercetin dan dinyatakan sebagai quercetin setara (QE) bagi setiap gram sampel. Ekstrak akar rerambut mempunyai 22.27 mg QE/g sampel; 0.0557±0.004 mg/ml clan akar normal 3.32 mg QE/g sampel; 0.0083±0.0007 mg/ml. Terdapat hubungan negatif yang signifikan antara antioksidan dengan TPC dan TFC, menunjukkan bahawa nilai IC50 antioksidan tidak mempengaruhi TPC atau TFC (r=-1.000, p <. 01). Keputusan yang diperoleh menunjukkan aktiviti antioksidan dan kandungan polifenol dan flavonoid dalam ekstrak akar rerambut adalah lebih tinggi daripada ekstrak akar normal.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Transgenic hairy roots, vivo roots, metabolites
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 27 Nov 2017 02:01
Last Modified: 27 Nov 2017 02:01
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17663

Actions (login required)

View Item View Item