Kepelbagaian spesies lalat buah (Diptera: Tephritidae) di hutan simpan Sugut Beluran Sabah

Mainurain Meor Shamsool, (2015) Kepelbagaian spesies lalat buah (Diptera: Tephritidae) di hutan simpan Sugut Beluran Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
kepelbagaian spesis lalat buah(diptera tephritidae) di hutan simpan sugut beluran Sabah.pdf

Download (631kB) | Preview

Abstract

"Kajian awal ini telah dilaksanakan di Hutan Simpan Sugut dari bulan Ogos tahun 2014 sehingga Januari 2015. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kepelbagaian spesies lalat buah (Diptera: Tephritidae) dan membina kekunci dikotomi bergambar untuk lalat buah yang berada di Hutan Simpan Sugut. Aktiviti persampelan dijalankan selama 15 hari dan tiga kaedah pengumpulan digunakan iaitu penarik kimia yang mengandungi parapehromone Methyl Euganol (ME) dan Cuelure (CUE), pengumpulan secara manual dan penggunaan perangkap Malaise. Setiap perangkap yang dipasang ditinggalkan selama 24 jam sebelum diperiksa hasilnya. Sembilan spesies lalat buah dan genus Baarocera berjaya ditangkap. Diversiti lalat buah di Hutan Simpan Sugut didapati tinggi dengan nilai indeks Shannon (H'=1.869). Spesies yang paling banyak dikumpul adalah Baarocera sp15 (36.7%) dan diikuti oleh Badrocera carambolae (13.33%). Kekunci dikotomi bergambar ini boleh dinaik taraf untuk lalat buah yang berada di kepulauan Borneo pada masa hadapan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: feromone, Badracera.
Subjects: Q Science > QL Zoology
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 27 Nov 2017 02:02
Last Modified: 27 Nov 2017 02:02
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17674

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository