Pedagogi bestari hubungannya dengan amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah

Norlela Ansley, (2005) Pedagogi bestari hubungannya dengan amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
pedagogi bestari hubungannya dengan amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.pdf

Download (682kB) | Preview

Abstract

Projek membestarikan semua sekolah di Malaysia merupakan visi Kementerian Pendidikan menjelang tahun 2010. Projek ini bertujuan untuk mencapai Wawasan 2020 bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan pusat teknologi telekomunikasi antarabangsa. Konsep Sekolah Bestari yang mula diperkenalkan di Sekolah-Sekolah Bestari kini mula diperkenalkan di sekolah-sekolah harian bagi memenuhi hasrat tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui maklumat asas pedagogi bestari di kalangan guru-guru di sekolah harian serta hubungannya dengan amalan pengajaran dan pembelajaran mereka. Reka bentuk kajian ini adalah berasaskan kolerasi dan deskriptif yang menggunakan analisis kuantitatif. Sebanyak 6 buah sekolah menengah harian di daerah Tawau telah dipilih dalam kajian ini. 120 orang guru telah dipilih sebagai responden dengan nisbah 20 orang guru setiap sekolah. Instrumen utama kajian ini ialah borang soal selidik yang mengandungi 4 bahagian utama: Latar belakang responden,maklumat asas Pedagogi Bestari, amalan pedagogi bestari dan indikator-indikator keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah harian. Analisis data menunjukkan wujud amalan pedagogi bestari dengan amalan pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah harian. Hasil Kajian ini juga menunjukkan wujud pertalian kolerasi yang positif dan signifikan antara amalan pedagogi bestari dan keberkesanannya dalam amalan pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah harian. Berdasarkan hasil kajian ini ada faktor-faktor penting yang perlu diberi perhatian jika amalan pedagogi bestari ini hendak di implimenkan sepenuhnya secara efisyen di sekolah harian iaitu kesedaran. Faktor kesedaran wujud berdasarkan pemahaman yang tinggi tentang pedagogi bestari. Berdasarkan maklumat asas pedagogi bestari inilah wujudnya kesedaran untuk mengamalkan pedagogi bestari menggantikan pedagogi tradisional yang menjadi amalan guru di sekolah-sekolah harian sebelumnya.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Smart learning, Smart School concept, education
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 06 Dec 2017 05:43
Last Modified: 06 Dec 2017 05:43
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17697

Actions (login required)

View Item View Item