Hubungan antara kemahiran sosial dengan tingkahlaku sosial

Nursuhaili Baharuddin, (2010) Hubungan antara kemahiran sosial dengan tingkahlaku sosial. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
hubungan antara kemahiran sosial dengan tingkahlaku sosial .pdf

Download (798kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keupayaan kemahiran sosial dan tingkah laku sosial dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Kajian ini adalah satu kajian tinjauan yang melibatkan 8 buah Tabika, KEMAS di daerah Beaufort, Sabah. Sampel kajian adalah seramai 168 orang kanak-kanak prasekolah dengan menggunakan persampelan bertujuan. Data telah dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Melalui kaedah deskriptif, min, sisihan piawai dan peratus digunakan manakala melalui kaedah inferensi, ujian-t, analisis korelasi Pearson dan analisis regresi berganda telah dibuat menggunakan program Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 13. Keputusan kajian menunjukkan bahawa: (1) keupayaan kemahiran sosial kanak-kanak prasekolah berada pada tahap yang rendah (min 1.619) manakala keupayaan tingkah laku sosial kanak-kanak prasekolah berada pada tahap yang tinggi (2.44). (2) Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan dalam kemahiran sosial dan tingkah laku sosial antara kanak-kanak perempuan (min 1.62) dan kanak-kanak lelaki (min 1.61). (3) hasil kajian melalui korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara keempat-empat elernen kemahiran sosial iaitu interaksi sosial, komunikasi sosial, kognisi sosial dan penyelesaian masalah dengan tingkah laku sosial. (4) melalui analisis regresi berganda, dapatan kajian menunjukkan bahawa elemen yang paling berpengaruh dalam kemahiran sosial adalah kognisi sosial (min .012) terhadap tingkah laku sosial kanak-kanak prasekolah. Secara keseluruhan, kajian ini menunjukkan bahawa perkembangan sosial dan kecerdasan mempunyai hubungan timbal balik dan kefahaman sosial yang mendasari kognisi.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Education, Preschool, Preschool teaching
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 06 Dec 2017 05:47
Last Modified: 06 Dec 2017 05:47
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17709

Actions (login required)

View Item View Item