Tahap kepuasan, manfaat, penglibatan dan penyertaan komuniti setempat dalam pelancongan di sekitar Taman Kinabalu Sabah

Sitti Suraidah Anas, (2016) Tahap kepuasan, manfaat, penglibatan dan penyertaan komuniti setempat dalam pelancongan di sekitar Taman Kinabalu Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

Full text not available from this repository.

Abstract

Salah satu aspek yang dikaitkan dengan kemampanan sesuatu pelancongan adalah aspek kesejahteraan komuniti tuan rumah. Di dalam kajian ini, komuniti tuan rumah merujuk kepada komuniti setempat yang tinggal di sekitar Taman Kinabalu. Tahap kepuasan komuniti setempat terhadap pelancongan dan manfaat pelancongan terhadap komuniti setempat merupakan dua isu yang hadir di bawah aspek kesejahteraan komuniti tuan rumah. Tahap kepuasan komuniti setempat terhadap pelancongan adalah sangat kritikal. Jika komuniti setempat tidak berpuas hati dengan pelancongan di sekitar Taman Kinabalu, mereka akan menarik diri daripada memberi sokongan dalam pembangunan pelancongan. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana pelancongan di sekitar Taman Kinabalu menepati Indikator pelancongan mampan dari aspek kesejahteraan komuniti setempat di dalam dua isu dasar iaitu tahap kepuasan dan manfaat pelancongan. Penglibatan dan penyertaan komuniti setempat dalam aktiviti pelancongan di sekitar Taman Kinabalu juga dikenal pasti. Kajian ini menggunakan kaedah campuran menggunakan borang soal selidik (383 orang) dan temu bual (18 orang). Responden adalah terdiri daripada komuniti setempat dari 43 buah kampung sekitar Taman Kinabalu. Pungutan data telah dijalankan bermula 18 Disember 2014 sehingga 27 Januari 2015. Borang soal-selidik diedarkan kepada kesemua responden menggunakan kaedah persampelan mudah. Temubual yang dijalankan adalah berbentuk perbincangan kumpulan. Hasil kajian mendapati pelancongan di sekitar Taman Kinabalu menepati indikator pelancongan mampan dari segi kesejahteraan komuniti setempat khusus kepada tahap kepuasan dan manfaat pelancongan berdasarkan skor min positif yang diperolehi. Namun begitu, peratusan penglibatan komuniti dalam aktiviti pelancongan adalah rendah iaitu hanya 15.7% daripada 383 responden yang terlibat. Analisis faktor telah digunakan bagi mendapatkan pembolehubah terpendam yang terdapat dalam 41 item tahap kepuasan komuniti terhadap pelancongan di sekitar Taman Kinabalu. Lima pembolehubah terpendam yang berjaya dikenalpasti ialah kesan negatif pelancongan, manfaat ekonomi, penglibatan dalam aktiviti pelancongan, manfaat sosial dan kesan positif pelancongan. Di dalam merangka pelan pengurusan dan pemasaran tapak warisan alam sekitar yang bertanggungjawab sejajar dengan pengurusan mampan, kelima-lima pembolehubah terpendam ini perlu diambil kira. Nilai-nilai yang diperolehi di dalam kajian ini akan lebih bermakna jika ianya dijadikan sebagai petanda aras perubahan tahap kepuasan dan kesan pelancongan ke atas komuniti setempat dari masa ke semasa.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: community sustainable, tourism, satisfaction, benefit, local community
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 28 Dec 2017 22:34
Last Modified: 28 Dec 2017 22:34
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17808

Actions (login required)

View Item View Item