Sejarah pentadbiran Jesselton Sanitary Board 1902-1954

Sally Ading, (2015) Sejarah pentadbiran Jesselton Sanitary Board 1902-1954. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Sejarah pentadbiran Jesselton.pdf

Download (14MB) | Preview

Abstract

Kajian ini membincangkan sejarah pentadbiran Jesselton Sanitary Board (JSB) sebagai pentadbiran bandar di peringkat pentadbiran tempatan. Badan ini diperkenalkan semasa pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (Chattered) pada tahun 1902 untuk meregulasi perbandaran Jesselton. Sebagai pentadbir bandar bidang kuasanya adalah termasuk menyelia bandar dan menjaga kebersihan dalam kawasan bandar. Bidang kuasa ini adalah merujuk kepada beberapa akta dan ordinan perbandaran dari England kerana sistem pentadbiran ini berasal dari England. Walau bagaimanapun, berlaku perkembangan dalam bidang kuasanya kerana perubahan situasi semasa yang memerfukan sebuah legislatif yang lebih bersifat tempatan sesuai dengan latar belakang masyarakatnya. Justeru, badan ini mengalami perubahan skop bidang kuasa dan mula mengalikasi ordinan perbandaran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang mempunyai latar masyarakat yang sama. Perkara ini dapat dilihat melalui pelaksanaan Town Planning Bill 1927 untuk menggantikan Town Planning Bill yang lama pada tahun 1923. Di bawah ordinan baru ini, badan ini memainkan peranan sebagai perancang pelan bandar, menyelia pembinaan bangunan termasuk kawasan pasar dan hospital bagi memastikan bangunan ini dalam keadan bersih dan selamat. Selain itu, badan ini juga mempunyai kuasa untuk meroboh dan mengubahsuai bangunan, berkuasa meluluskan permohonan berlesen termasuk tarif elektrik, terlibat dalam menetapkan harga barang dan juga bertanggungjawab bagi semua bidang kuasa yang tidak mempunyai badan khas. Badan pentadbiran ini berfungsi sehingga tahun 1943, apabila Perang Dunia Kedua merebak ke Borneo Utara clan Jesselton diduduki oleh tentera Jepun. Setelah perang tamat pada tahun 1945, Borneo Utara telah ditadbir oleh Tentera Bersekutu British dan Sanitary Board telah diaktifkan semula pada tahun 1946 untuk meneruskan fungsinya sebagai pentadbir bandar berkejasama dengan Jabatan Kerja Raya, Polis dan syarikat perniagaan Jesselton Ice and Power untuk membangunkan semula bandar Jesselton. Pembangunan ini diteruskan sehingga Jesselton telah mencapai status Perbandaran di bawah ordinan baru iaitu Municipal and Urban Authority pada tahun 1954. Sehubungan dengan status baru ini, menandakan berakhirnya era pentadbiran Jesselton Sanitary Board.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: history, Jesselton Sanitary Board, administration, British North Borneo Chartered Company
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: Munira
Date Deposited: 28 Dec 2017 22:27
Last Modified: 28 Dec 2017 22:27
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17811

Actions (login required)

View Item View Item