Keberkesanan perkhidmatan pertubuhan peladang kawasan (PPK) muar selatan di Johor, Malaysia

Siti Munira Sarman, (2015) Keberkesanan perkhidmatan pertubuhan peladang kawasan (PPK) muar selatan di Johor, Malaysia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
keberkesanan perkhidmatan pertubuhan peladang kawasan.pdf

Download (960kB) | Preview

Abstract

Perkhidmatan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Muar Selatan sudah lama terUbat di dalam membantu ahli pertubuhan ini di dalam meningkatkan mutu pengeluaran pertanian. Walau bagaimanapun keberkesanan perkhidmatan mereka masih tidak diketahui sehingga kini. Kajian ini telah dijalankan untuk mengetahui latar belakang atau maklumat demografi dan sosio-ekonomi para ahli PPK Muar Selatan yang terbabit dalam kajian ini; mengetahui persepsi ahli PPK Muar Selatan terhadap keberkesanan kegiatan perkhidmatan oleh PPK Muar Selatan dalam meningkat pengeluaran industri pertanian serta mengenalpasti hubungan antara latar belakang ahli PPK Muar Selatan dengan persepsi mereka terhadap keberkesanan kegiatan perkhidmatan oleh PPK Muar Selatan dalam meningkat pengeluaran industri pertanian Rekabentuk kajian ini ialah kaedah survey deskriptif. Teknik persampelan secara rawak digunakan untuk mengenalpasti saiz sampel iaitu sebanyak 100 orang. Pengumpulan data melalui temuramah individu secara berdepan melalui borang kaji selidik. Data yang dikumpulkan seterusnya dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS version 21.0). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan analisis taburan frekuensi untuk menganalisis maklumat demografi responden. Faktor analisis dilakukan untuk mengetahui persepsi responden kepada perkhidmatan PPK Muar Selatan berpandukan model kepuasan pelanggan SERVQUAL untuk membahagikan kategori persepsi responden terhadap perkhidmatan yang diberikan. Analisis korelasi dilakukan untuk mengetahui hubungan latar belakang responden terhadap persepsi mereka kepada perkhidmatan PPK Muar Selatan selepas melakukan faktor analisis.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Farmers, Muar Selatan, Johor, agricultural production
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 03 Jan 2018 04:56
Last Modified: 03 Jan 2018 04:56
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/17932

Actions (login required)

View Item View Item