Kandungan logam berat dalam sedimen, air, dan landak laut di Pulau Sepangar

Sitti Jaharah Rayaji, (2015) Kandungan logam berat dalam sedimen, air, dan landak laut di Pulau Sepangar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kandungan logam berat.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Pencemaran logam berat di persekitaran marin telah menjadi isu tempatan dan juga isu antarabangsa. Logam berat boleh di toleransi pada kepekatan rendah, akan tetapi menjadi toksik pada kepekatan lebih tinggi. Landak laut merupakan salah satu bio penunjuk pada pencemaran logam berat dan juga salah satu organisma marin yang boleh di makan. Kajian ini direka untuk menentukan dan membandingkan kepekatan Iogam berat di dalam dan di antara sedimen, air dan landak laut yang dijumpai di Pulau Sepangar. Kepekatan logam berat di analisis pada empat stesen, stesen 1 dan 2 berada di kawasan penempatan penduduk dan stesen 3 dan 4 berada di kawasan bukan penempatan. Gonad landak laut digunakan untuk menganalisis kepekatan logam berat dalam dua spesies landak laut telah dijumpai, iaitu Diedema sp dan Echinotirx Calamaris. Kesemua sampel dianalisis menggunakan mesin Pasangan Plasma Induktif - Jisim Spectrofotometer (ICP-MS). Elemen-elemen logam berat yang di analisis adalah Cd, Cu, As, Pb, dan Zn. Diadema sp. mempunyai kepekatan As dan Zn yang lebih tinggi berbanding Echinotrix Calaamaris iaitu masing-masing mg/L dan 0.158 ± 0.004 mg/L. Cd di dalam sedimen pula mempunyai kepekatan logam berat yang rendah di kedua-dua kawasan kajian, kawasan penempatan dan bukan penempatan dengan masing-masing 0.001 ± 0.000 mg/L dan 0.0003 ± 0.0001 mg/L. Kepekatan Iogam berat dalam air pula dikesan mempunyai kepekatan Cu lebih tinggi di kawasan bukan penempatan berbanding kawasan penempatan iaitu 0.045 ± 0.009 mg/L. Hasil analisis statistik daripada t-test menunjukkan faktor kawasan penempatan dan bukan penempatan tidak mempengaruhi tahap kepekatan logam berat dalam air dan sedimen.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: heavy metal concentration, sediment, water, sea urchin, Pulau Sepangar
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GC Oceanography
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 29 Jan 2018 14:59
Last Modified: 29 Jan 2018 14:59
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18551

Actions (login required)

View Item View Item