Hubungan antara profesionalisme guru dengan pelaksanaan program pemulihan khas di sekolah rendah daerah tuaran

Masriah Hj Mastul, (2013) Hubungan antara profesionalisme guru dengan pelaksanaan program pemulihan khas di sekolah rendah daerah tuaran. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan antara profesionalisme.pdf

Download (12MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian adalah untuk mengenalpasti hubungan antara profesionalisme Guru pemulihan khas dengan pelaksanaan Program Pemulihan Khas dan dalam masa yang sama pemboleh ubah peramal elemen profesionalisme guru juga digunakan bagi mengenal pasti pengaruh elemen sikap, kemahiran dan pengetahuan, efikasi dan beban tugas terhadap keberkesanan pelaksanaan program pemulihan khas di daerah Tuaran. Kajian tinjauan ini melibatkan sampel guru pemulihan khas di 73 buah sekolah. Sampel dipilih menerusi persampelan bertujuan dan kutipan data melalui Soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS vesi 16.0. Penganalisisan data secara statistik diskriptif yang menggunakan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai, manakala data inferensi menggunakan pengujian Korelasi Pearson dan Regresi Pelbagai Stepwise untuk menguji hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikana ntara elemenp rofesionalismeg uru pemulihank has dengan pelaksanaan Program Pemulihan khas, elemen sikap (r=. 688, p<. 001), elemen kemahiran dan pengetahuan (r=. 632, p<. 001), elemen efikasi (r=. 627, p<. 627) dan elemen beban tugas (r=. 273, P<. 005). Justeru dapatan ini menjelaskan semakin tinggi tahap elemen profesionalisme guru pemulihan khas semakin meningkat dan berkesan pelaksanaan program pemulihan khas menjana kecemerlangan sifar pemulihan. Melalui analisis regrasi pula, didapati elemen pemboleh ubah peramal yang menyumbang 60.4 peratus kepada perubahan dalam pelaksanaan Program Pemulihan Khas ialah sikap, efikasi dan beban tugas.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: remedial teachers, professionalism, specialist teachers
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 09 Feb 2018 07:00
Last Modified: 09 Feb 2018 07:00
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18724

Actions (login required)

View Item View Item