Hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan stres guru sekolah rendah di daerah Ranau Sabah

Mohd Sallehudin Rasmin, (2013) Hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan stres guru sekolah rendah di daerah Ranau Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan gaya kepimpinan.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai gaya kepimpinan guru besar dan hubungannya dengan stres guru di Daerah Ranau, Sabah. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan guru besar berdasarkan pandangan guru dengan stres guru. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan data diperolehi daripada kaedah soal selidik yang menggunakan skala likert lima mata. Alat ukur "Leader Behavior Description Questionnaire" (LBDQ) digunakan untuk mengukur gaya kepimpinan guru besar dimensi berstruktur dan dimensi timbang rasa. Alat ukur Stres Guru digunakan untuk mengukur aras stres guru berdasarkan gaya kepimpinan guru besar dua dimensi tersebut. Sampel kajian terdiri daripada 314 orang guru dari sebelas buah sekolah rendah yang mempunyai dua sesi persekolahan di daerah Ranau. Sampel kajian dipilih secara tak rawak kuota. Data diproses melibatkan statistik deskriptif iaitu pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan. Data juga diproses menggunakan statistik inferensi iaitu Pekali Korelasi Pearson, ANOVA dan Ujian-t. Hasil kajian mendapati gaya kepimpinan guru besar pada pandangan guru adalah tinggi pada kedua-dua dimensi iaitu pada dimensi berstruktur dan dimensi timbang rasa. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara gaya kepimpinan guru besar dimensi berstruktur dengan aras stres guru pada tahap yang sangat lemah dan hubungannya adalah secara negative dan tidak terdapat hubungan yang signifikan gaya kepimpinan guru besar dimensi timbang rasa dengan aras stres guru pada gaya bertimbang rasa.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: style of leadership, headmaster, stress, teacher
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 27 Feb 2018 07:59
Last Modified: 27 Feb 2018 07:59
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18913

Actions (login required)

View Item View Item