Hubungan antara kecerdasan emosi dengan mutu kerja guru-guru pemulihan khas sekolah rendah di daerah Tuaran

Zufaini Karim, (2013) Hubungan antara kecerdasan emosi dengan mutu kerja guru-guru pemulihan khas sekolah rendah di daerah Tuaran. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Hubungan antara kecerdasan emosi.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengukur hubungan kecerdasan emosi terhadap mutu kerja di kalangan Guru Pemulihan Khas sekolah rendah di daerah Tuaran, Sabah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Terdapat tiga bahagian dalam borang soal selidik iaitu Bahagian A mengumpul maklumat demografi responden, Bahagian B yang diubahsuai dari 'Multifactor Emotional Intelliegence Scale' ( METS ) untuk mengkaji kecerdasan emosi guru dan Bahagian C yang diubahsuai dari 'Self-Assessement Questionnaire' untuk mengkaji mutu kerja guru. Seramai 63 orang GPK telah dijadikan sampel kajian ini. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan pekali kebolehpercayaan cronbach alpha ialah masing-masing 0.93 dan 0.88. Sampel kajian telah diambil daripada para GPK sekolah rendah daerah Tuaran. Borang soal selidik yang telah lengkap dipulangkan dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statical Package for Social Science ( SPSS ) versi 20.0. Dapatan kajian menunjukkan aras kecerdasan emosi dan mutu kerja yang tinggi selari kajian terdahulu. Ujian-t dan ANOVA Sehala menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min signifikan bagi beberapa elemen kecerdasan emosi berdasarkan faktor jantina responden. Di samping itu apabila diadakan korelasi antara satu sama lain, dimensi-dimensi kecerdasan emosi dan mutu kerja mempunyai hubung kait positif yang kuat. Ujian regresi pula menunjukkan terdapat pengaruh kecerdasan emosi bagi elemen kerjasama dan menyelesaikan konflik dengan mutu kerja yang perlu diambil perhatian. Hasil daripada kajian ini, telah mengajukan beberapa cadangan yang releven.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: emotional intelligence, job quality, primary school
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 27 Feb 2018 07:59
Last Modified: 27 Feb 2018 07:59
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18921

Actions (login required)

View Item View Item