Gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stress dalam kalangan guru sekolah menengah cemerlang di daerah Tawau

Mardeana Bakar, (2013) Gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stress dalam kalangan guru sekolah menengah cemerlang di daerah Tawau. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Gaya kepimpinan pengetua.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini ialah untuk melihat gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres dalam kalangan guru sekolah menengah cemerlang di daerah Tawau. Responden terdiri daripada guru-guru sekolah menengah cemerlang yang berjumlah 220 orang iaitu 105 orang lelaki dan 115 orang perempuan. Kajian yang berbentuk kuantitatif deskriptif ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan kaedah soal selidik The Leader Behavior Description Quistionaire (L8DQ). Penganalisaan dapatan kajian menggunakan kekerapan, peratusan min, sisihan piawai, Ujian-t, ANOVA satu hala dan analisis Korelasi Pearson dengan penentapan aras 0.1. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gaya kepimpinan yang paling dominan diamalkan di sekolah menengah cemerlang ialah gaya kepimpinan Autokratik. Dapatan kajian juga mendapati tahap stres dalam kalangan guru sekolah menengah cemerlang di daerah Tawau inl berada pad a tahap sederhana. Seterusnya kajian ini mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara stres guru dengan jantina dan umur guru, Pun demikian terdapat hubungan yang signifikan antara stres guru dengan pengalaman mengajar. Akhir sekali, kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang negatif atau songsang pada gaya kepimpinan demokratik dan laissez faire dan signifikan antara gaya kepimpinan pengetua pada gaya kepimplnan autokratik dengan stres dalam kalangan guru sekolah menengah cemerlang. Walau bagaimanapun, hubungan tersebut berada pada tahap yang sangat lemah. Kajian ini menyokong dapatan berkaitan andaian umum yang menyatakan bahawa gaya kepimpinan pengetua memang mempengaruhi tahap stres guru di sekolah menegah cemerlang di daerah Tawau.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: leadership style, principle, stress, secondary school
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 27 Feb 2018 08:02
Last Modified: 27 Feb 2018 08:02
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18947

Actions (login required)

View Item View Item