Pengaruh kemahiran kepimpinan kendiri dan tingkah laku kerja inovatif terhadap pencapaian sekolah kluster di Sarawak

Wong, Siew Lang (2016) Pengaruh kemahiran kepimpinan kendiri dan tingkah laku kerja inovatif terhadap pencapaian sekolah kluster di Sarawak. Post-Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Pengaruh kemahiran kepimpinan.pdf

Download (23MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh Kemahiran Kepimpinan Kendiri dan tingkah Laku Kerja Inovatif terhadap Pencapaian Sekolah Kluster di Sarawak. Kajian kuantitatif inl menunjukkan kaedah tinjauan guru sekolah kluster seramai 238 orang guru daripada empat buah sekolah kluster yang dipilih secara rawak menggunakan Quickscale. Empat set instrumen soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumbalas responden terhadap konstruk yang dikaji: Soal Selidik Kemahiran Kepimpinan Kendiri, Soal Selidik Tingkah Laku Kerja Inovatif, Soal Selidik Pencapaian Sekolah Kluster dan Soal Selidik Efikasi Kendiri Guru. Analisis pengesahan faktor digunakan untuk mendapat indeks padanan model hipotesis dengan data kajian. Modifikasi model dilakukan untuk mendapatkan nilai indeks padanan yang baik (good fit) dalam menentusahkan model pengukuran semua konstruk kajian. Semua model pengukuran digabungkan untuk membentuk Model Persamaan Struktural. Nilai petunjuk padanan model akhir ialah x²) = 105.948, df=41, p=.000 CMIN/df=2.584, GFI=.928, CFI=.964 dan RMSEA=.004 menunjukkan padanan yang balk model modifikasi dengan data kajian. Dapatan kajian menunjukkan Kemahiran Kepimpinan Kendiri mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan Pencapaian Sekolah Kluster di Sarawak (0.59). Selain itu, Kemahiran Kepimpinan Kendiri juga mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan Tingkah Laku Kerja Inovatif (0.49). Seterusnya, konstruk Tingkah Laku Kerja Inovatif mempunyai hubungan positif dan signifikan dengan Pencapaian Sekolah Kluster (0.60). Efikasi Kendiri Guru merupakan pengantara separa bagi hubungan antara Kemahiran Kepimpinan Kendiri dengan Pencapaian Sekolah Kluster di Sarawak. Berdasarkan dapatan kajian, tujuh cadangan kajian lanjutan dikemukakan.

Item Type: Thesis (Post-Doctoral)
Uncontrolled Keywords: Self-leadership Skill, Innovative Work Behavior, Achievement, influence
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 28 Feb 2018 06:46
Last Modified: 28 Feb 2018 06:46
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/18956

Actions (login required)

View Item View Item