Kajian awal kesan ejen Mutasi Etil Metana Sulfonat (EMS) terhadap aktiviti antioksidan dalam kultur In Vitro pada Labisia Pumila Var. Pumila (Kacip Fatimah)

Rizennor Ali, (2014) Kajian awal kesan ejen Mutasi Etil Metana Sulfonat (EMS) terhadap aktiviti antioksidan dalam kultur In Vitro pada Labisia Pumila Var. Pumila (Kacip Fatimah). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Kajian awal kesan ejen Mutasi Etil Metana Sulfonat (EMS) terhadap aktiviti antioksidan dalam kultur In Vitro pada Labisia Pumila.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

libisia pumila var. pumila (Myrsinacea) dikenali sebagai Kadp Fatimah di Malaysia adalah herba yang sangat popular kerana mengandungi produk semulajadi yang digunakan untuk tujuan perubatan. Kajian awal ini dijalankan bagi mengkaji kesan rawatan ejen mutasi Etil Metana Sulfonat (EMS) pada aktiviti antioksidan sampel Labisia pumila var. pumila yang dikultur secara in vitro. Beberapa sampel L pumila (LPP 3, LPP 4, LPP 5 dan LPP 7) dipilih dan diekstrak untuk mendapatkan aktiviti antioksidan sampel kawalan walaubagaimanapun, hujung pucuk sampel dikekalkan untuk rawatan EMS. Sampel hujung pucuk L pumila ini dirawat menggunakan ejen mutasi EMS selama 60 minit dengan kepekatan 250mM dan dikultur ke dalam media MS dengan dua kali ganda vitamin selama 2 minggu. Aktiviti memerangkap radikal bebas ditentukan menggunakan asai DPPH. Dalam asai DPPH bagi sampel kawalan dan sampel yang dirawat, kepekatan ekstrak yang berbeza (3.125, 6.25, 12.5, 25, 50 dan 100 ~g/ml) disediakan menggunakan pencairan bersiri dan dicampurkan dengan larutan metanolik DPPH. Nilai ICso diperolehi daripada graf manakala graf pula diplot berdasarkan peratus aktiviti memerangkap radikal (%RSA) melawan 6 kepekatan ekstrak sampel yang berbeza dan dibandingkan dengan asid galik sebagai piawai antioksidan. Keputusan kajian menunjukkan sampel 5 mempunyai aktiviti memerangkap radikal bebas yang tertinggl dengan nitai ICso (44.112 ± 5.206), diikuti oleh sampel 7 (44.48771 ± 6.659) dan sampel 3 dengan nitai ICso (49.301 ± 3.688). Manakala, sampel 4 berupaya memerangkap radikal bebas yang terendah (52.883 ± 1.209). liga sa m pel menunjukkan peningkatan aktiviti antioksidan selepas rawatan ejen mutasi EMS, iaitu sampel LPP 5, LPP 7 dan LPP 4 mana kala 1 sampel menunjukkan penurunan aktiviti antioksidan selepas rawatan EMS iaitu sampel LPP 3. Secara kesimpulannya daripada kajian awal ini, ejen mutasi EMS didapati berpotensi dalam meningkatkan kandungan antioksidan semulajadi dalam sampel Labisia pumila var. pumila.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Antioxidant , Myrsinacea , Kacip Fatimah , medicinal
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 02 Mar 2018 02:36
Last Modified: 02 Mar 2018 02:36
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19097

Actions (login required)

View Item View Item