Perkaitan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan, tingkah laku keibubapaan ibu dengan stres remaja

Ferlis Bullare @ Hj Bahari, (2003) Perkaitan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan, tingkah laku keibubapaan ibu dengan stres remaja. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]
Preview
Text
Perkaitan di antara kesulitan ekonomi.pdf

Download (572kB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan ibu dengan stres remaja etnik Iranun di daerah Kota Belud dan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 129 responden ibu (57 bandar dan 72 luar bandar) dan 129 responden remaja (55 lelaki dan 74 perempuan) berumur antara 13 hingga 17 tahun dijadikan subjek kajian. Kaedah tinjauan bersifat korelasi menggunakan instrumen Economic Strain Questionnaire (ESQ) bagi mengukur kesulitan ekonomi, Kansas Marital Satisfaction Scale (KMS) dan Dyadic Adjustment Scale (DAS) mengukur kualiti perkahwinan, Parenfs Report (PR) mengukur tingkah laku keibubapaan ibu dan Clinical Anxiety Scale (CAS) dan Beck Depression Inventory-II (BDI-II) mengukur stres remaja digunakan. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kesulitan ekonomi, kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan ibu dengan stres remaja. Keputusan juga menunjukkan kualiti perkahwinan dan tingkah laku keibubapaan ibu tidak dapat berperanan sebagai perantara ke atas hubungan di antara kesulitan ekonomi dengan stres remaja.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: quality of marry, parents behaviour, economic problems, teenagers stress, Iranun
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: Munira
Date Deposited: 22 Mar 2018 02:07
Last Modified: 22 Mar 2018 02:07
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19287

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository