Pembangunan bandar kecil di Sabah: isu dan cabaran

Syivero Patrick, and Ubong Imang, (2016) Pembangunan bandar kecil di Sabah: isu dan cabaran. Geografi, 4 (2). pp. 65-82.

[img]
Preview
Text
Pembangunan bandar kecil di Sabah.pdf

Download (169kB) | Preview

Abstract

Sabah merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia dan mempunyai banyak bandar kecil serta kebanyakan bandar kecil di Sabah terletak di kawasan luar bandar. Kepentingan bandar kecil di Sabah tidak boleh diketepikan begitu sahaja dalam memastikan pembangunan wilayah yang seimbang. Bandar kecil kini bukan hanya menawarkan fungsi asas, namun fungsi dan peranannya telah mula berubah dan bertambah. Ini kerana, perkembangan sektor perindustrian dan perkhidmatan di kawasan bandar kecil di Sabah telah mula berkembang iaitu tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan sektor pertanian. Keadaan ini telah membawa kepada pelbagai isu dan persoalan berkenaan dalam proses perkembangan fungsi dan peranan serta perubahan guna tanah bandar kecil di Sabah. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk memahami isu pembangunan bandar kecil di Sabah dan cabaran pembangunannya. Kajian ini menggunakan data sekunder dari laporan terbitan agensi berkaitan seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Sabah untuk memahami senario semasa dan perancangan bandar kecil di Sabah. Selain itu, temu bual dan pemerhatian di lapangan juga dijalankan untuk mendapatkan data primer berkait dengan isu dan cabaran yang dihadapi oleh bandar kecil di Sabah. Hasil kajian mendapati pembangunan bandar kecil di Sabah berdepan dengan pelbagai isu yang boleh dibahagikan kepada empat aspek iaitu fizikal, ekonomi, sosial, dan alam sekitar. Manakala antara cabaran yang dihadapi oleh bandar kecil di Sabah pula adalah dalam konteks penjanaan ekonomi, bentuk muka bumi Sabah yang sebahagian besarnya bergunung-ganang dan urus tadbir bandar kecil.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Sabah , Malaysia , small town development
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 27 Mar 2018 07:23
Last Modified: 27 Mar 2018 07:23
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19553

Actions (login required)

View Item View Item