Linangkit - Sulaman tangan warisan etnik Dusun Tindal di Sabah

Saniah Ahmad, (2011) Linangkit - Sulaman tangan warisan etnik Dusun Tindal di Sabah. Gendang Alam, 2. pp. 143-157. ISSN 2180-1738

[img] Text
Linangkit Sulaman tangan warisan etnik Dusun Tindal di Sabah.pdf

Download (91kB)

Abstract

Kertas Kerja ini memfokuskan sulaman tangan iaitu linangkit yang menjadi warisan etnik Dusun Tindal di Sabah. Sulaman linangkit ini menghiasi kostum wanita Dusun Tindal khasnya di bahagian sarung yang dikenali sebagai gonob. Linangkit disulam dengan benang yang berwarna-warni, hiasan motif dan bentuk-bentuk geometrik seperti bentuk segi tiga, segi empat,rombus dan bentuk intan.Kajian dijalankan dengan membuat kerja lapangan dan tinjauan berkala bersama penduduk kampung Tinuhan dalam mukim Tenghilan di daerah Tuaran, Sabah.Selain itu, pengkaji turut menemu bual beberapa informan serta membuat pemerhatian pada kostum yang dipakai ketika acara keramaian seperti pesta Kaamatan, pertandingan Unduk Ngadau,persembahan tarian etnik Dusun Tindal dan orang perseorangan yang menyimpan kostum tersebut.Hasil kajian mendapati keaslian sulaman linangkit masih dikekalkan khasnya pada kostum wanita dewasa untuk pertandingan Unduk Ngadau dan kostum perkahwinan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Hand embroidery , Dusun Tindal , Sabah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 25 Apr 2018 01:59
Last Modified: 25 Apr 2018 01:59
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/19882

Actions (login required)

View Item View Item