Fungsi pekan kecil dalam konteks pembangunan masyarakat setempat. Kajian kes: Bongawan, Sabah

Ainon Munira Hassan, (2009) Fungsi pekan kecil dalam konteks pembangunan masyarakat setempat. Kajian kes: Bongawan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000039.pdf

Download (4MB) | Preview

Abstract

Penulisan mengenai fungsi pekan kecil masih kurang diperkatakan oleh ahli akademik. Di Malaysia, terdapat banyak pekan kecil yang memberi sumbangan kepada penduduk setempatnya dari segi fungsi barangan dan perkhidmatan. Bermula dari pekan kecil, kemudiannya akan berkembang menjadi sebuah bandar besar melalui proses pembandaran. Kajian ini melihat fungsi pekan kecil iaitu pekan Bongawan dalam konteks pembangunan masyarakat setempat. Kajian ini cuba mengenalpasti fungsi barangan dan perkhidmatan yang terdapat di pekan Bongawan dan mengenalpasti kawasan yang menjadi kawasan attematif sekiranya barangan dan perkhidmatan yang diperlukan itu tidak terdapat di pekan Bongawan. Kaedah kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah menggunakan kaedah temubual secara informal, borang soalselidik, kajian tinjauan biasa dan pensampelan. Hasil daripada analisis yang dilakukan mendapati pekan Bongawan masih menjadi kawasan utama untuk peduduknya mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Namun demikian, kawasan lain seperti Papar, Beaufort dan Kinabalu menjadi kawasan altematif sekiranya barangan dan perkhidmatan yang diperlukan itu tidak terdapat di pekan Bongawan. Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa pekan kecil ini memainkan peranan yang penting kepada penduduk setempat dalam memberikan sumbangannya dari segi fungsi barangan dan perkhidmatannya. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan lagi sifat-sifat kefungsian pekan tersebut kepada penduduk setempat. Cadangan tersebut amat penting untuk pembangunan pekan Bongawan dan menjadi rujukan untuk penyelidikan dimasa hadapan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Small town of Bongawan, Community development
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 16 May 2011 07:21
Last Modified: 17 Oct 2017 05:27
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2009

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository