Kajian kesan penggunaan beberapa jenis baja foliar ke atas pertumbuhan dan kualiti jagung pulut

Rosshamsuraya Abd. Hamid, (2008) Kajian kesan penggunaan beberapa jenis baja foliar ke atas pertumbuhan dan kualiti jagung pulut. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kajian kesan penggunaan beberapa.pdf

Download (9MB)

Abstract

Kajian ini dilakukan dengan dua objektif utama. Pertama, untuk mengkaji kesan penggunaan beberapa jenis baja foliar ke atas pertumbuhan dan kualiti jagung pulut. Manakala yang kedua adalah ingin mengenalpasti kesan baja foliar yang manakah lebih berkesan dalam memberikan nilai pertumbuhan dan kualiti hasil yang baik ke atas jagung pulut. Kajian ini dijalankan di Makmal Ladang Sekolah Pertanian Iestari bermula pada 29 Disember 2007 sehingga 29 Mac 2007. Empat jenis baja foliar digunakan dalam kajian ini iaitu Bayfolan, Fertileader@954 , Foliar Nitrophoska Green, Liquid Bio, dan baja butiran NPK sebagai kawalan. Dalam kajian ini Jagung pulut variety Sabah digunakan. Pembajaan dilakukan seminggu sekali bagi semua jenis baja foliar termasuk juga baja NPK. Akhirnya, kajian ini menunjukkan penggunaan baja foliar telah meningkatkan pertumbuhan dan kualiti jagung pulut berbanding dengan penggunaan baja NPK. Ini dapat ditunjukkan melalui bacaan tertinggi oleh tinggi pokok, lebar daun, panjang daun, nilai kadar petumbuhan (CGR), tinggi tongkol, bilangan bans bijirin pada tongkol, ukur lilit tongkol, dan berat tongkol yang dicapai oleh baja foliar. Baja foliar turut mencatatkn kualiti pemakanan yang baik berbanding baja NPK, manakala Nitrophoska Green menghasilkan tongkol yang mempunyai nilai kekerasan terendah iaitu 1.49 N dan Bayfolan memberikan bacaan kandungan pepejal terlarut tinggi iaitu 10.29°/. Brix berbanding dengan baja NPKyang mencatatkan bacaan kekerasan tertinggi iaitu 2.17 N dan nilai kandungan pepejal terlarut sebanyak 7.2% Brix sahaja. Dari kajian ini juga, didapati baja Foliar Nitrophoska Green merupakan baja foliar yang memberikan kesan yang lebih bail berbanding baja foliar yang lain.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: foliar fertilizers, glutinous maize, growth and quality
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 12 Jul 2018 07:43
Last Modified: 12 Jul 2018 07:43
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20474

Actions (login required)

View Item View Item