Kalian kesan aditif kompleks dan hormon bap terhadap perkembangan protokom paphiopedilum rothschildianum

Cyrlyne Innocent, (2008) Kalian kesan aditif kompleks dan hormon bap terhadap perkembangan protokom paphiopedilum rothschildianum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kajian kesan aditif kompleks.pdf

Download (9MB)

Abstract

Paphiopedilum rothschildianum merupakan spesis orkid yang hanya terdapat di Sabah dan kini di bawah jagaan Taman Kinabalu. Teknik kultur tisu boleh digunakan untuk mikropropagasi orkid bagi spesis ini. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kesan aditif kompleks dan hormon BAP terhadap perkembangan P. rothschildianum. Eksplan bagi spesis ini dikultur pada media RE. Terdapat dua jenis aditif kompleks yang digunakan iaitu air kelapa dan pepton pada kepekatan yang berbeza. Penambahan air kelapa dan pepton ke dalam medium adalah mengikut kepekatan yang berbeza dan juga secara kombinasi. Kepekatan hormon BAP (3 mgrl dan 7 mgl⁻¹di tambah pada dua media yang berasingan. Media pertama ditambah dengan 10% (v/v) air kelapa dan 2gl⁻¹ pepton dan media yang kedua mengandungi hanya 15% (v/v) air kelapa. HasH kajian selepas 30 menunjukkan kepekatan air kelapa pada 15% (v/v) telah menunjukkan kesan yang positif dengan memberi nilai min peratusan fasa kelima yang tertinggi iaitu 5.00±5.48. Kajian menggunakan pepton selepas 30 hari. menunjukkan kepekatan pepton pada 0.15% (w/v) mempunyai nilai min peratusan yang tinggi iaitu 39.28±17.98. Kesan hormon BAP dilihat pada perkembangan panjang daunt ukuran daun diambil pada hari yang ke 60. Dalam media yang mengandungi 10% (v/v) air kelapa dan pepton 2 gl⁻¹ nilai min perbezaan panjang daun adalah sarna dengan 0.06±0.02 manakala min beza panjang daun bagi media yang ditambah dengan BAP 3 mgrl adalah 0.13±0.09. Manakala, dalam media yang mengandungi 15% (v/v) air kelapa nilai min beza panjang daun adalah 0.06±0.02. Apabila media sarna ditambah dengan BAP sebanyak 3 mgl⁻¹ dan 7 mgl⁻¹ nilai min adalah 0.11±0.07 dan 0.12±0.09. Kesan kombinasi 10% (v/v) air kelapa, 2 gl⁻¹pepton dan BAP 7 mgl⁻¹ tidak memberikan kesan yang baik terhadap eksplan. Kesimpulannya bahawa dengan penambahan hormon BAP, penggunaan aditif kompleks sahaja tidak mencukupi untuk mengaruh perkembangan protokom P. rothschildianum secara in vitro.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: cytokinin (BAP), complex additives, Paphiopedilum rothschildianum
Subjects: T Technology > TP Chemical technology
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 17 Jul 2018 05:55
Last Modified: 17 Jul 2018 05:55
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20506

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository