Geologi am dan sedimentologi formasi crocker kawasan Kinarut-Kawang

Nurul Husna Mohd Ruduan, (2008) Geologi am dan sedimentologi formasi crocker kawasan Kinarut-Kawang. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Geologi am dan sedimentologi formasi .pdf

Download (8MB)

Abstract

Kawasan kajian merangkumi kawasan Kinarut - Kawang yang dipetakan seluas 121 kilometer persegi dan terletak pada lingkungan garis bujur 116°00'- hingga 116005'dan garis lintang 05°42'U hingga 05°48'U. Kawasan kajian terdiri daripada endapan aluvium yang berusia Kuarterner dan Formasi Crocker yang berusia Eosen Akhir hingga Miosen Awal. Formasi Crocker merupakan sebahagian daripada sedimen laut dalam di Barat laut Borneo semasa Eosen Akhir di mana ianya terdiri daripada unit batuan batu pasir Tebal, selang lapis batu pasir dan syal serta batu lumpur. Formasi ini diendapkan di lembangan besar oleh arus turbidit. ]ujukan Formasi Crocker di kawasan kajian dibahagikan kepada empat fasies iaitu unit terdiri daripada unit batuan Batu pasir tebal 5: 1 (Fasies B) dicirikan pada ketebalan batuan, Unit Selang lapis Batu Pasir dengan Syal dengan nisbah 2:1 dan 1:1 (Fasies C dan Fasies D) dengan nilai ketebalan lapisan yang berbeza serta Unit Selang lapis Syal tebal dengan Batu Pasir (Fasies E) dengan nisbah ketebalan 5: 1. Struktur sedimen yang banyak dicerap adalah seperti lapisan bergred , laminasi selari, laminasi Silang, kesan flut, kesan riak, kesan beban dan klasta lumpur. Arah arus kuno kawasan kajian didapati mengalir ke arah utara. Persekitaran pengendapan pula merupakan endapan kipas laut dalam, iaitu asosiasi dengan kipas tengah. Batu pasir Formasi Crocker di kawasan kajian dikelaskan sebagai greiwak dan berasalan orogen kitar semula. Bagi analisis petrograft kawasan kajian menunjukkan batuan mengalami kematangan secara menyeluruh. Kawasan kajian telah mengalami canggan akibat daripada daya mampatan tektonik yang berarah Barat laut - Tenggara. Daya mampatan ini rnenyebabkan pembentukan tren struktur Timur laut - Barat Daya bagi lineamen permatang dan perlapisan di kawasan kajian.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Crocker Formation, sandstone, alluvial deposit, Quaternary
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Munira
Date Deposited: 08 Aug 2018 02:49
Last Modified: 08 Aug 2018 06:30
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/20690

Actions (login required)

View Item View Item