Pengesanan Monodon Baculovirus (MBV) dalam tenakan Udang Harimau (Penaeus Monodon) di Pantai Timur Sabah menggunakan kaedah tindakbalas rantaian Polemerase (PCR)

Arjana Awang, (2006) Pengesanan Monodon Baculovirus (MBV) dalam tenakan Udang Harimau (Penaeus Monodon) di Pantai Timur Sabah menggunakan kaedah tindakbalas rantaian Polemerase (PCR). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000048.pdf

Download (6MB) | Preview

Abstract

Kajian pengesanan Monodon Baculovirus (MBV) dalam sistem ternakan udang harimau (Penaeus monodun) telah dijalankan selama 3 bulan bermula dari bulan April 2005 sehingga bulan Jun 2005 di pantai timur negeri Sabah. Dua kaedah kajian, soal-selidik dan pengutipan sampel digunakan untuk kajian ini. Kaedah soal-selidik digunakan untuk keseluruhan 65 responden yang terdiri dari pengusaha / penternak ladang ternakan udang harimau yang sedang bcroperasi masing-masing di daerah Sandakan, Lahad Datu. Kunak, Semporna dan Tawau. Sampel untuk tujuan ujian PCR (Polymerase Chain Reaction) diperolehi dari 7 buah ladang di daerah Kunak. Sejumlah 175 ekor sampel dikutip secara rawak masing-masing dari sebuah kolam bagi setiap ladang.! Lima replikat (5 ekor sampel/ replikat) dikutip dan diuji di makmal untuk ujian DNA menggunakan primer khusus MBV, IQ2000. Ilasil ujian mendapati 17.7 % sampel dari 6 buah kolam dikesan dijangkiti MBV positif (sekurang-kurang I daripada 25 sampel). Sampel dari sebuah kolam didapati negatif MBV sepenuhnya. Kajiselidik dan pemerhatian yang dilakukan, mendapati pengurusan sistem temakan yang balk khususnya pengurusan kualiti air dan kualiti makanan berkemungkinan mengelakkan kolam ini dari dijangkiti MBV. Walaupun kesan jangkitan ini tidak signifikan, namun kajian ini menunjukan kewujudan lebih 85 % kolam yang dikaji wujud jangkitan MBV. Cadangan bagi mengelakkan penyakit ini merebak dan seterusnya menjejaskan pembangunan industri ternakan udang harimau di negeri ini dinyatakan secara terperinci dalam disertasi ini.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Monodon baculoviruses, Shrimp culture
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 23 Mar 2011 04:03
Last Modified: 17 Oct 2017 05:39
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2080

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository