Kepekatan logam berat dalam sedimen dan Meretrix sp. di pesisir pantai Bongawan dan Lok Kawi, Sabah

Siti Aishah Mohd Ali, and Rohana Tair, and Kamsia Budin, and Farrah Anis F. Adnan, and Norfatihah Johani, (2010) Kepekatan logam berat dalam sedimen dan Meretrix sp. di pesisir pantai Bongawan dan Lok Kawi, Sabah. Borneo Science Journal, 26. pp. 11-18. ISSN 2231-9085

[img] Text
Kepekatan logam berat dalam sedimen dan Meretrix sp.pdf

Download (131kB)

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan kepekatan logam berat iaitu Pb, Cd, Zn, Fe dan Cu di dalam Meretrix sp. dan sedimen di kawasan pesisir pantai Bongawan dan Lok Kawi, Sabah. Logam berat dianalisis menggunakan ICP-OES setelah tisu Meretrix sp. dan sedimen dihadamkan menggunakan larutan aqua regia (HNO3: HCl). Hasil analisis menunjukkan kepekatan Pb, Cd, Zn, Fe dan Cu dalam Meretrix sp. adalah masing-masing dalam julat 0.08 – 0.50 mgkg-1, < 0.01 - 0.05 mgkg-1, 5.46 – 12.0 mgkg-1, 78.54 – 237.45 mgkg-1 dan 0.45 – 1.2 mgkg-1 manakala dalam sedimen adalah masing-masing berjulat 0.25 – 2.95 mgkg-1, < 0.01 – 0.35 mgkg-1, 1.22 – 16.35 mgkg-1, 422.0 – 1028.95 mgkg-1 dan 0.13 – 1.90 mgkg-1. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapatnya pengaruh kepekatan logam berat daripada sedimen dalam Meretrix sp. yang signifikan pada aras p < 0.01 khususnya bagi logam Pb, Cd dan Zn. Ini turut dibuktikan daripada nilai pengiraan faktor biokepekatan (BCF) di antara sedimen dan Meretrix sp. yang berada pada julat logam Pb (0.12 – 0.56), Cd (0.14 – 4.00), Zn (0.73 – 6.52), Fe (0.12 – 0.56) dan Cu (0.16 – 5.14) masing-masing. Secara keseluruhannya, kepekatan semua logam berat dalam Meretrix sp. tidak melebihi had yang ditetapkan dalam Akta Makanan 1983.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Logam berat, ICP-OES, sedimen, aqua regia, Meretrix sp.
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: MR OTHMAN HJ RAWI
Date Deposited: 11 Jun 2019 05:57
Last Modified: 11 Jun 2019 05:57
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22201

Actions (login required)

View Item View Item