Kajian penerimaan data suhu permukaan tanah noaa apt daripada stesen penerimaan Universiti Malaysia Sabah

Mohd Fawwaz Bin Mohd Zulkifli, (2007) Kajian penerimaan data suhu permukaan tanah noaa apt daripada stesen penerimaan Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kajian penerimaan data suhu permukaan tanah noaa apt daripada stesen penerimaan Universiti Malaysia Sabah.pdf

Download (804kB)

Abstract

Kajian ilmiah ini mempersembahkan tentang aplikasi kajian penerimaan data suhu permukaan National Atmospheric Oceanographic and Administration (NOAA) Automatic Picture Transmission (APT) daripada stesen penerimaan Sekolah Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah. Terdapat banyak aplikasi penggunaan pada satelit NOAA/ A VHRR dan paling berjaya adalah dalam mengkaji ilmu meteorologi ataupun ilmu kaji cuaca. Namun ianya juga boleh digunakan untuk aplikasi daratan seperti pemantauan keadaan banjir, pengesan kebakaran tidak terancang (hot spot) dan juga aplikasi geologi. Satelit Pentadbiran Lautan Dan Atmosfera Nasional atau National Oceanographic and Administration (NOAA) yang membawa penderia/sensor Radiometer Peleraian Sangat Tinggi Lanjutan atau Advanced Very High Resolution Radiometer ( A VHRR) mempunyai kebezajelasan ruang I. Ix I. I km pada titik nadir dan format data yang digunakan ialah Pemancar Gambar Automatik atau Automatic Picture Transmision (APT). Pancaran gelombang yang terdapat di Sistem Stesen Penerima Bwni PCWJNSAT Master GMSINOAA yang berada di Sekolah Sains Dan Teknologi, UMS terbahagi kepada dua iaitu gelombang spektrum elektromagnet cahaya nampak (VIS) dan inframerah (IR). Kawasan dalam kajian ini adalah Kota Kinabalu pada latitud 5° 47'N dan longitud 116° 03'E dan imej diperolehi telah disubsetkan kepada kawasan Kota Kinabalu sahaja tidak termasuk pulau-pulau berdekatan. Imej yang diperolehi dari sistem ini telah dibuat pembetulan geometri dengan menggunakan perisian ERDAS IMAGINE versi 8.5. Ketepatan pemetaan titik kawalan bumi atau Ground Control Points (GCPs) ini dianalisis menggunakan RMSE, (Root Mean Square Error) dengan memplot IO titik GCPs. Setelah imej dilakukan proses pembetulan geometri, kemudianya kaedah klasifikasi tak berselia digunakan adalah untuk mendapatkan pemetaan suhu permukaan dan dibandingkan dengan suhu rujukan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Meteorology, Temperature, Wave
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Puan Dg Masniah Ahmad
Date Deposited: 09 Jul 2019 07:03
Last Modified: 09 Jul 2019 07:03
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22439

Actions (login required)

View Item View Item