Tenaga kerja pelbagai etnik kajian eksploratif tentang pengaruh etnisiti dalam organisasi kerja sektor swasta

Kntayya Mariappan, and Paul Porodong, and Balakrisnan Parasuraman, and Irma Othman, (2007) Tenaga kerja pelbagai etnik kajian eksploratif tentang pengaruh etnisiti dalam organisasi kerja sektor swasta. (Unpublished)

[img] Text
Tenaga kerja pelbagai etnik kajian eksploratif tentang pengaruh etnisiti dalam organisasi kerja sektor swasta.pdf

Download (68kB)

Abstract

Sektor industri moden dengan tenaga kerja yang terdiri daripada berbilang etnik sudah pastinya membuka ruang dan peluang yang lebih luas bagi individu-individu berinteraksi merentasi sempadan etnik dan perbezaan budaya serta memberi peluang kepada mereka menyertai bersama dalam proses membuat keputusan dalam industri. Justeru, dalam situasi kepelbagaian etnik masyarakat Malaysia keperluan memahami dan mengurus tenaga kerja pelbagai etnik adalah satu isu penting dalam amalan pengurusan sektor industri moden. Kajian ini adalah satu usaha untuk memahami pengaruh keetnikan dalam hubungan antara individu dalam situasi tenaga kerja pelbagai etnik di negeri Sabah. Ini adalah satu kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Seramai 432 pekerja dari pelbagai etnik dan pekerjaan telah dipilih daripada beberapa industri Utama yang berbeza di negeri Sabah. Hasil penemuan kajian menunjukkan pengalaman pekerja pelbagai etnik dalam organisasi kerja moden di negeri Sabah kurang dipengaruhi oleh faktor perbezaan etnik dalam interaksi di kalangan pekerja, Begitu pula pengaruhnya ke ataS tanggapan mereka terhadap amalan pihak pengurusan. Dapatan ini menunjukkan bahawa pengaruh keetnikan dan kepelbagaian etnik bukanlah satu isu utama dalam pengurusan organisasi kerja dalam sektor ekonomi moden di negeri Sabah.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Ethnic , workers , Sabah , economy
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics
H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 17 Jul 2019 10:04
Last Modified: 17 Jul 2019 10:04
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/22729

Actions (login required)

View Item View Item