Pemuliharaan warisan geologi : kajian beberapa Geotapak Di Sabah

Felix Tongkul, Pemuliharaan warisan geologi : kajian beberapa Geotapak Di Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Pemuliharaan warisan geologi.pdf

Download (69kB)

Abstract

Kerlas kerja ini mengetengahkan isu berkaitan dengan pemuliharaan warisan geologi berdasarkan kajian kes tujuh geotapak yang terdapat di luar kawasan Taman Taman Sabah. Penilaian awal status pemuliharaan geotapak yang berada dalam kawasan tanah kerajaan negeri, hutan simpan, ladang kelapa sa wit, kuari dan tanah individu telah dilakukan. Pada kesemua kawasan di atas, pemilik tanah sama ada individu atau syarikat tidak terikat dengan mana-mana undang-undang khusus untuk menjaga geotapak yang dijumpai di kawasan mereka. Wa/aupun begitu, ada juga usaha pemilik individu atau syarikat untuk menjaga dan membangunkan geotapak yang boleh membawa faedah langsung kepada mereka. Memandangkan setiap geotapak itu mempunyai keistemewaan tersendiri dan berada pada keadaan yang berlainan, pemuliharaan warisan geologi memerlukan pendekatan yang berbeza. Bagi geotapak yang mempunyai tarikan semulajadi (ada nilai rekreasi dan estetik) pemilik tanah, sama ada individu, syarikat atau agensi kerajaan nampaknya sanggup untuk menjaga dan membangunkan geotapak itu atas inisiatif sendiri. Bagi geotapak yang kurang tarikan semulajadinya, pendekatan proaktif diperlukan untuk mewarlakannya sebagai warisan budaya melalui perundangan yang sedia ada. Apapun bentuk pemuliharaan dan pembangunan geotapak itu selepas ia diwarlakan, penglibatan kumpulan berkepentingan (stakeholders), terutama masyarakat tempatan, perlu ada agar ia berjaya.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Sabah , geo tourism , conservation
Subjects: Q Science > QE Geology
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 30 Sep 2019 00:28
Last Modified: 30 Sep 2019 00:28
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23076

Actions (login required)

View Item View Item