Reaksi penduduk sabah ke atas penubuhan Malaysia 1961-1963

Mohd Sohaimi Esa, Reaksi penduduk sabah ke atas penubuhan Malaysia 1961-1963. (Unpublished)

[img] Text
Reaksi penduduk Sabah ke atas penubuhan Malaysia.pdf

Download (51kB)

Abstract

Penyelidikan ini berusaha untuk menilai reaksi penduduk Sabah ke atas penubuhan Malaysia bermula dari tarikh idea ini dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman, 27 Mei 1961 sehingga terbentuknya Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Reaksi penduduk negeri ini dilihat dari segi penentangan atau menyokong secara bersyarat atau menyokong sepenuhnya ke atas gagasan tersebut. Reaksi awal menunjukkan penduduk Sabah menentang gagasan ini sebagaimana suara-suara daripada para pemimpin masyarakat dan laporan yang terdapat dalam akhbar-akhbar tempatan. Walau bagaimanapun, setelah ditubuhkan beberapa jawatankuasa khas untuk merealisasikan penubuhan Malaysia didapati sokongan telah diberikan oleh penduduk negeri ini sebagaimana kajian yang telah dilakukan oleh Suruhanjaya Cobbold dan Suruhanjaya yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Rentetan peristiwa berkenaan telah dilaporkan dan diulas oleh pengarang akhbar-akhbar tempatan, antaranya North Borneo News and Sabah Times.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: Sabah , Malaysia , history
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 18 Sep 2019 01:30
Last Modified: 18 Sep 2019 01:30
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23551

Actions (login required)

View Item View Item