Masalah-masalah pelajar Universiti Malaysia Sabah.

Sapora Sipon, and Chua Bee Seok, (1999) Masalah-masalah pelajar Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Masalah-masalah pelajar Universiti Malaysia Sabah.pdf

Download (542kB)

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah berdasarkan empat pembolehubah: tahun pengajian, jantina, etnik dan tempat pengajian. Seramai 103 pelajar Universiti Malaysia Sabah yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan, tahun pengajian satu, dua dan tiga dari Kampus Teluk Likas dan Kampus Jalan Tuaran dipilih sebagai subjek kajian. Kajian ini telah menggunakan soal-selidik Mooney Problem Check List (M:PCL) yang mengandungi sebelas bidang masalah iaitu pergaulan, hiburan, hubungan personal, hubungan psikososial, keluarga, kesihatan, kewangan, kurikulum, moral, pelajaran dan penyesuaian. Data dianalisis menggunakan program Statistical Package For the Social Science (SPPS). Keputusan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam masalah keseluruhan yang dihadapi oleh pelajar lelaki dan perempuan, tahun 1, 2 dan 3 serta pelajar dari Sekolah Teluk Likas dan Sekolah lalan Tuaran dalam masalah keseluruhan yang dihadapi. Keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam setiap kategori masalah yang dihadapi oleh lelaki dan perempuan hanya dalam kategori perhubungan peribadi psikologikal. Disamping itu, keputusan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam setiap kategori masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun satu dan pelajar tahun 2 dan 3 dalam masalah hiburan masalah perhubungan peribadi, psikososial serta masalah kewangan. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan skor min antara pelajar-pelajar Kampus Teluk Likas dan pelajar-pelajar Kampus Jalan Tuaran hanya signifikan pada masalah perhubungan peribadi psikologikal dan masalah keluarga.

Item Type: Research Report
Uncontrolled Keywords: University Malaysia Sabah students , problem , psychological problems
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LG Individual institutions (Asia. Africa)
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 14 Oct 2019 23:53
Last Modified: 14 Oct 2019 23:53
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23804

Actions (login required)

View Item View Item