Penentuan logam mangan dengan menggunakan elektrod pemilih ion (ISE) jenis grafit bersalut

Uda Nordin, (2008) Penentuan logam mangan dengan menggunakan elektrod pemilih ion (ISE) jenis grafit bersalut. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Penentuan logam mangan dengan menggunakan elektrod pemilih ion.pdf

Download (177kB)

Abstract

Pembinaan dan pencirian elektrod pemilihan ion grafit bersalut untuk menentukan ion Mn2+ telah dijalankan. Elektrod telah disediakan dengan merendamkan rod grafit ke dalam larutan membran dan dikeringkan pada suhu bilik semalaman. Komposisi membran adalah 33 mg polivinil klorida (PVC), 2 mg natrium tetrafenilborat (NaTPB), 60 mg dietil phatalate (DEP) dan 5 mg kurkumin sebagai ionofor. Elektrod menunjukkan respon yang baik pada julat pH yang besar (pH 3 kepada 5.5) dan memberikan respon linear dari kepekatan tx10·1 M hingga lx104 M dengan kecerunan Nernst 30.5 mV/dekad. Masa respon, had pengesanan dan jangka hayat bagi elektrod masing-masing ialah 33.5 saat, lxl0-4 M dan 16 hari. Elektrod yang dibina juga menunjukkan pemilihan yang baik terhadap ion Mn2+ berbanding beberapa ion logam lain yang dikaji. W alaubagaimanapun, elektrod menunjukkan hubungan yang tidak sama dengan kaedah AAS dalam menentukan kepekatan Mn(ll) di dalam sampel.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Graphite , ion , electrode
Subjects: Q Science > QE Geology
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 29 Oct 2019 23:54
Last Modified: 29 Oct 2019 23:54
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23877

Actions (login required)

View Item View Item