Geologi am dan geomorfologi kawasan pekan Tenom: kemungkinan berlaku banjir

Wan Mohd Hairi Affendi Wan Harun, (2008) Geologi am dan geomorfologi kawasan pekan Tenom: kemungkinan berlaku banjir. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Geologi am dan geomorfologi kawasan pekan Tenom kemungkinan berlaku banji.pdf

Download (237kB)

Abstract

Kawasan kajian meliputi kawasan di sekitar Pekan Tenom di negeri Sabah dengan keluasan 110 km persegi. Kawasan ini dibatasi oleh garis lintang U 05° 11' hingga U 05°05' dan garis bujur T 115° 54' hingga T 116° 00'. Tujuan kajian dilakukan adalah untuk mengkaji beberapa aspek geologi kawasan kajian seperti geomorfologi, stratigrafi, petrografi, dan juga beberapa struktur geologi yang terdapat di kawasan kajian selain untuk menjalankan kajian banjir yang berlaku di kawasan ini yang meliputi analisis banjir, faktor penyebab banjir, dan juga kesan banjir di kawasan kajian. Kaedah kajian utama yang digunakan ialah kaedah kerja lapangan, dan rujukan pengkaji terdahulu. Kawasan kajian terdiri daripada dua jenis formasi batuan iaitu Formasi Crocker dan endapan Aluvium Kuatemer. Formasi Crocker dapat dikelaskan kepada lima unit batuan iaitu unit batu pasir tebal, unit batu pasir tebal selang lapis dengan syal, unit batu pasir sederhana selang lapis dengan syal, unit batu pasir nipis selang lapis dengan syal, dan unit syal merah tebal. Endapan Aluvium Kuatemer terdiri daripada gravel bersaiz kerikil dan matriks yang terdiri daripada pasir dan lumpur. Analisis geologi struktur rp.enunjukkan kawasan kajian mengalami arah canggaan hampir barat-timur. Sungai utama di kawasan kajian ialah Sungai Padas dan Sungai Pegalan. Banjir yang melanda telah menyebabkan kerosakan harta benda, pencemaran persekitaran, dan juga kehilangan nyawa manusia di kawasan kajian. Kawasan yang paling berisiko tinggi apabila banjir melanda kawasan Tenom ialah kawasan Kampung Kanar, Kampung Baab, Kampung Gunting, dan Kampung Tenom Lama. Faktor topografi, taburan hujan, sistem perparitan, dan empangan adalah antara faktor yang mempengaruhi kejadian banjir di Tenom. Cadangan kawalan banjir yang dapat dipraktikkan untuk mengawal banjir di kawasan ini ialah sistem pengoperasian empangan yang sistematik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Tenom Town , Sabah , flood
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 29 Oct 2019 23:55
Last Modified: 29 Oct 2019 23:55
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23880

Actions (login required)

View Item View Item