Kesan penggunaan gentian mesokarpa terhadap pertumbuhan dan hasil sawi (Brassica Juncea L.)

Mohd Afriz Nasip, (2016) Kesan penggunaan gentian mesokarpa terhadap pertumbuhan dan hasil sawi (Brassica Juncea L.). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img] Text
Kesan penggunaan gentian mesokarpa terhadap pertumbuhan dan hasil sawi.pdf

Download (804kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan penggunaan media berasaskan gentian mesokarpa bercampur dengan tanah atas terhadap pertumbuhan dan hasil sawi hijau (Brassica sp.). Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan gentian mesokarpa (GM) sebagai media untuk pertumbuhan, meningkatkan hasil dan kualiti tanaman. Kajian ini dijalankan dibawah rumah lindungan hujan di Ladang Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah. Kajian ini berlangsung selama 4 minggu dengan menggunakan Reka Bentuk Rawak Lengkap (CRD). Sawi di tanam didalam polibeg dan lima jenis rawatan telah digunakan dalam kajian ini iaitu Tl (tanah atas) (kawalan), T2 (20% gentian mesokarpa+80% tanah atas), T3 (40% gentian mesokarpa+60% tanah atas), T4 (60% gentian mesokarpa+40% tanah atas), TS (80% gentian mesokarpa+20% tanah atas). Parameter yang direkod dalam kajian ini adalah ketinggian sawi, ukur lilit batang, bilangan daun, berat basah, berat kering dan pH media. Keputusan dari kajian ini, menunjukkan rawatan Tl iaitu kawalan telah mendapat purata yang tertinggi bagi parameter bilangan daun dan ukur lilit batang sawi. Bagi parameter ketinggian pokok, purata T2 adalah yang tertinggi berbanding dengan rawatan lain. Bagi parameter hasil iaitu berat basah dan kering, rawatan T3 adalah purata yang tertinggi berbanding dengan rawatan lain. pH media yang direkodkan sebelum dan selepas penanaman adalah sekitar 5.4-6.8. Gentian Mesokarpa mempunyai nutrisi yang tersendiri yang mampu menambah kandungan nutrisi dalam tanah atas. Di samping itu, liang udara pada GM adalah tinggi di mana bagus untuk pertumbuhan akar. Peningkatan jumlah liang udara dapat mengurangkan halangan air, meningkatkan penghantaran oksigen dan meningkatkan penembusan akar dalam media seterusnya mempengaruhi pertumbuhan, perkembangan dan hasil tanaman. Oleh itu, rawatan T2 dan T3 boleh memberikan hasil yang terbaik untuk penanaman sawi. Kajian ini telah mencapai objektifnya iaitu untuk mengkaji kesan gentian mesokarpa dalam media penanaman terhadap pertumbuhan dan hasil sawi. Justeru, para petani boleh meningkatkan hasil pengeluaran sawi mereka dengan campuran GM di dalam media penanaman mereka. Kajian perlu di buat pada masa hadapan bagi memperbaiki lagi media ini dengan penambahan bahan organik seperti efektif mikrob (EM) ataupun mengubah cara penyediaan GM.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Mesocarp fibre , soil , green mustard {Brassica sp.)
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 01 Nov 2019 00:17
Last Modified: 01 Nov 2019 00:17
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23957

Actions (login required)

View Item View Item