Pembelajaran Regulasi Kendiri di kalangan Pelajar dalam Mata Pelajaran Bahasa Arab Sekolah Menengah: Satu Analisis Perbandingan Mengikut Jenis Sekolah

Mohammad Haafiz Ahmid, and Mohd Khairuddin Abdullah, and Khalid Johari, and Arbiah Maddahiri, and Hairi Asul, (2018) Pembelajaran Regulasi Kendiri di kalangan Pelajar dalam Mata Pelajaran Bahasa Arab Sekolah Menengah: Satu Analisis Perbandingan Mengikut Jenis Sekolah. The Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3 (2). pp. 57-64. ISSN 2504-8562

[img] Text
Pembelajaran Regulasi Kendiri di kalangan Pelajar dalam Mata Pelajaran Bahasa Arab Sekolah Menengah.pdf

Download (39kB)

Abstract

Bahasa Arab merupakan mata pelajaran elektif yang diwajibkan ke atas pelajar beraliran agama. Salah satu cara untuk menguasai bahasa ini adalah dengan mengamalkan pembelajaran regulasi kendiri yang boleh mengelakkan sikap pasif di kalangan pelajar. Namun demikian, ia mungkin sukar diamalkan jika sekolah kurang kemudahan, kelengkapan dan persekitaran yang sesuai. Di Malaysia terdapat beberapa jenis sekolah yang mewajibkan Bahasa Arab. Dalam kajian ini, pembelajaran regulasi kendiri pelajar dibandingkan berdasarkan tiga jenis sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN). Pendekatan kuantitatif digunakan dengan menjadikan soal selidik Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) sebagai instrumen kajian. Data dikutip daripada 542 pelajar tingkatan 4 beraliran agama di tiga jenis sekolah tersebut dan proses menerusi analisis ANOVA sehala. Secara keseluruhan, tiada perbezaan signifikan pada pembelajaran regulasi kendiri pelajar dan salah satu dimensinya; pengaturan kendiri mengikut jenis sekolah tersebut namun, dimensi penggunaan strategi kognitif didapati berbeza secara signifikan. Oleh yang demikian, pihak berkepentingan perlu memberi perhatian dalam penyediaan kemudahan, kelengkapan dan persekitaran yang boleh merangsang pembelajaran regulasi kendiri di kalangan pelajar bagi meningkatkan prestasi Bahasa Arab

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: school type, self-regulated learning, religious-oriented student, Arabic language
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 04 Nov 2019 00:04
Last Modified: 04 Nov 2019 00:04
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/23972

Actions (login required)

View Item View Item