Pengetahuan dan sikap para pelajar jurusan agro-bisnes di Kolej Profesional Mara Beranang Selangor terhadap pertanian lestari

Mohamad Faris Mohamed Azahar, (2013) Pengetahuan dan sikap para pelajar jurusan agro-bisnes di Kolej Profesional Mara Beranang Selangor terhadap pertanian lestari. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Pengetahuan dan sikap para pelajar jurusan agro.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Satu kajian telah dijalankan di Kolej Profesional MARA, Beranang (KPMB), Selangor bagi mengenal pasti tahap pengetahuan dan sikap para pelajar jurusan Agro-Bisnes terhadap pertanian lestari yang telah melibatkan seramai 70 orang responden. Kajian lnl mempunyai tiga objektif utama laitu untuk mengetahui ciri-ciri latar belakang para pelajar jurusan Agro-Bisnes. Objektif kajian seterusnya adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan dan sikap para pelajar terhadap pertanian lestari diikuti objektif yang terakhir untuk mengetahui hubungan antara ciri-ciri latar belakang pelajar dengan tahap pengetahuan dan sikap mereka terhadap pertanian lestari. Kaeclah yang digunakan dalam kajian ini semasa proses pengutipan data ialah Kaedah Tinjauan Deskriptif dengan menggunakan borang selidik yang telah dlsahkan dan dlsemak semula dengan menggunakan kaeclah kebolehpercayaan. Maklumat yang telah terkumpul dan dianallsis diterjemahkan dalam bentuk jadual dan carta pai. Maklumat demografi yang terkumpul laitu tahap pengetahuan dan sikap para pelajar telah dikesan melalui nilai min skor. Hasil analisis Spearman's rank menunjukkan terdapat nilai signifikan pada latar belakang demografi responden antara data jantina dengan pengetahuan dan sikap, hat inl membuktikan bahawa perbezaan jantina mempunyal perbezaan yang ketara terhadap tahap pengetahuan dan sikap mereka terhadap pertanlan lestarl. Ujian analisis Chi­square menunjukkan terdapat nilai signifikan antara data penempatan asal dengan pengetahuan manakala bagl data sikap tiada hubungan yang signifikan dengan tatarbelakang. Hal ini menunjukkan bahawa penempatan asal tidak mempengaruhl sikap mereka terhadap pertanian lestari.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Agro-Business , agriculture , Selangor
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 03 Jan 2020 00:07
Last Modified: 03 Jan 2020 00:07
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24529

Actions (login required)

View Item View Item