Penilaian probiotik tumbuhan terhadap pertumbuhan dana hasil halia ( Zingiber Officinale Rose.)

Fatin Amauna Aisyah Idris, (2017) Penilaian probiotik tumbuhan terhadap pertumbuhan dana hasil halia ( Zingiber Officinale Rose.). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
Penilaian probiotik tumbuhan terhadap pertumbuhan dana hasil halia.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Pokok halia (Zingiber offidnale Rose.) tumbuh di kebanyakan tempat di seluruh dunia. Tumbuhan herba ini sangat terkenal dan banyak digunakan sebagai rempah masakan atau dalam perubatan tradisional. Di Sabah, permintaan halia di pasaran telah meningkat sehingga 24,000 kilogram sebulan. Disebabkan ketiadaan maklumat berkaitan pertumbuhan dan hasil pengeluaran halia menggunakan probiotik tumbuhan, satu kajian telah dilaksanakan di struktur rumah lindungan hujan, Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Sandakan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah bagi menilai kesan probiotik tumbuhan terhadap pertumbuhan dan hasil halia. Kajian ini dilaksanakan dalam tempoh masa 6 bulan dengan menggunakan polibeg hitam berukuran 38 sm x 38 sm pada keadaan persekitaran ladang yang sama. Kajian ini merangkumi 6 rawatan iaitu pada kadar rawatan O (terkawal), 1, 3, 5, 7 dan 9 gram probiotik tumbuhan dengan 4 blok dengan menggunakan rekabentuk blok rawak lengkap (RCBD). Parameter tumbuhan seperti bilangan anak pokok, bilangan daun, ketinggian anak pokok (sm), berat basah anak pokok dan berat basah akar serta nisbah rizom terhadap anak pokok telah direkodkan sebulan sekali sepanjang tempoh 3 bulan, selepas aplikasi probiotik. Bagi hasil halia pula, ia merangkumi berat basah dan kering rizom (g). Berdasarkan kajian, rawatan TS menghasilkan bilangan anak pokok dan daun tertinggi iaitu masing-masing dengan nilai 22.25 dan 128.50. Rawatan T6 pula menghasilkan ketinggian anak pokok tertinggi iaitu 51.35 sm. Sementara itu, rawatan T4 menghasilkan nisbah rizom terhadap anak pokok yang tertinggi iaitu 1.81. Bagi aspek hasil halia pula, kajian menunjukkan bahawa rawatan T3 menghasilkan purata berat basah dan kering rizom tertinggi iaitu, 328.89 dan 26.69 g. Namun begitu, tidak terdapat perbezaan bererti antara kesemua rawatan probiotik tumbuhan terhadap kesemua parameter tersebut. Kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan probiotik tumbuhan tidak berkesan dalam meningkatkan kadar pertumbuhan dan hasil halia. Justeru, lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk mengenalpasti masalah dan kesan probiotik tumbuhan terhadap tanaman herba seperti halia dan lain-lain lagi kerana dipercayai probiotik tumbuhan mampu memberikan kesan positif dalam meningkatkan kadar pengambilan nutrien dan peningkatan hasil tanaman.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Ginger , plants , Sabah , plant probiotic
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture
Divisions: FACULTY > Faculty of Sustainable Agriculture
Depositing User: Noraini
Date Deposited: 07 Jan 2020 23:36
Last Modified: 07 Jan 2020 23:36
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24552

Actions (login required)

View Item View Item