Kajian Permasalahan yang Dihadapi oleh PelajarPelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah MersingBerasaskan Senarai Semak Mooney: Satu Kajian Lanjutan

Azizi Yahaya, and Koay, Ting Yin and Ismail Maakip, and Voo Peter, and Sabihah Sapuan, (2018) Kajian Permasalahan yang Dihadapi oleh PelajarPelajar Tingkatan Empat di Sekolah Menengah MersingBerasaskan Senarai Semak Mooney: Satu Kajian Lanjutan. Southeast Asia Psychology Journal, 6 (1). pp. 26-38.

[img]
Preview
Text
Kajian permasalahan yang dihadapi oleh pelajar pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Mersing berasaskan Senarai Semak Mooney satu kajian lanjutan.pdf

Download (43kB) | Preview

Abstract

Dalam kajian ini penyelidik ingin melihat permasalahan yang paling utama, pencapaian akademik pelajar dalam PMR serta mengenal pasti perbezaan permasalahan yang dihadapi berdasarkan demografi pelajar. Kajian dilakukan ke atas 186 orang responden menggunakan soal selidik yang diterjemah daripada MPCL yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A melibatkan demografi pelajar dan bahagian B melibatkan maklum balas pelajar terhadap elemen permasalahan. Maklum balas yang diterima dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 14.0. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai serta statistik inferensi seperti ujian-t telah digunakan dalam kajian ini. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach adalah α = .895. Hasil kajian menunjukkan tahap permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah daerah Mersing berada pada tahap sederhana (min = 3.20). Permasalahan akademik dan kerjaya merupakan permasalahan yang paling utama (min = 3.82) serta tidak terdapat perbezaan permasalahan pelajar mengikut jantina, bangsa dan lokasi sekolah tetapi terdapat perbezaan permasalahan agama dan moral mengikut bangsa (k = .01 < α = .05) dan terdapat perbezaan permasalahan persekolahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang dikaji mengikut jantina (k = .004 < α = .05) dan lokasi sekolah (k = .002 < α = .05). Ini bermakna pelajar-pelajar tingkatan empat di sekolah menengah daerah Mersing perlu dibantu bagi mengurangkan permasalahan akademik dan kerjaya, serta tumpuan boleh diberi bagi permasalahan agama dan moral mengikut bangsa dan persekolahan mengikut lokasi sekolah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Academic Achievement Problems, Religion and Moral Problems and Career Problem
Subjects: L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 04 Feb 2020 08:33
Last Modified: 04 Feb 2020 08:33
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24872

Actions (login required)

View Item View Item