Komunikasi Bukan Lisan: Simbol sebagai Medium Pemakluman dalam Adat Persandingan Masyarakat Melayu

Norhuda Salleh, (2018) Komunikasi Bukan Lisan: Simbol sebagai Medium Pemakluman dalam Adat Persandingan Masyarakat Melayu. Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB), 6. pp. 21-29.

[img]
Preview
Text
Komunikasi Bukan Lisan Simbol sebagai Medium Pemakluman dalam Adat Persandingan Masyarakat Melayu.pdf

Download (36kB) | Preview
[img]
Preview
Text
Komunikasi Bukan Lisan Simbol sebagai Medium Pemakluman dalam Adat Persandingan Masyarakat Melayu1.pdf

Download (523kB) | Preview

Abstract

Simbol antara medium yang digunakan dalam perlakuan komunikasi bukan lisan bagi interaksi antara penyampai dan penerima pesan. Latar belakang sosial, pengalaman dan budaya antara faktor penting bagi memastikan maklumat yang disalurkan difahami oleh kedua-dua pihak. Adat persandingan merupakan acara kemuncak dalam pelaksanaan adat perkahwinan masyarakat Melayu secara keseluruhannya. Fokus kajian menganalisis simbol dan makna yang digunakan dalam adat persandingan masyarakat Melayu di Sekinchan, Selangor. Input kajian diperoleh melalui pemerhatian turut serta dan temu bual mendalam bersama informan utama, iaitu Mak Andam dan pengamal adat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Hasil kajian menunjukkan simbol objek yang digunakan dalam pelaksanaan adat persandingan terdiri daripada inai, beras kunyit, air mayar, bunga rampai, pulut semangat, bunga telur, kompang, bunga manggar dan pelamin. Pemaknaan yang diberikan oleh masyarakat semasa pelaksanaan adat bersanding memberi pengertian, kesucian, kesuburan, pengharapan, penerimaan dan pemakluman.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: non-verbal communication, symbol, use, custom match
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GF Human ecology. Anthropogeography
G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs
Divisions: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 Feb 2020 02:21
Last Modified: 19 Jun 2020 05:25
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/24969

Actions (login required)

View Item View Item