Persepsi Pelajar Terhadap Pendidikan Keusahawanan: Kajian Terhadap Pelajar Program Keusahawanan

Iklima Husna Abdul Rahim, and Marry Tracy Pawan, and Toh Pei Sung, and Ahmad Shakani Abdullah, (2020) Persepsi Pelajar Terhadap Pendidikan Keusahawanan: Kajian Terhadap Pelajar Program Keusahawanan. 4th International Conference on Social Sciences, Humanities and Technology. pp. 119-125.

[img] Text
Persepsi Pelajar Terhadap Pendidikan Keusahawanan.pdf

Download (46kB)
[img] Text
Persepsi Pelajar Terhadap Pendidikan Keusahawanan1.pdf

Download (255kB)

Abstract

Faktor kesukaran mendapatkan pekerjaan dalam kalangan graduan merupakan satu permasalahan pada masa kini. Saban tahun, masalah pengangguran ini telah menjadi satu isu yang kritikal kepada negara dengan peningkatan jumlah graduan yang tidak mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian. Justeru itu, pengenalan kepada pendidikan keusahawanan di universiti Malaysia telah dilakukan oleh kerajaan untuk mendedahkan pelajar kepada peluang kerjaya dalam perniagaan sekaligus mengurangkan masalah pengangguran di negara ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap pendidikan keusahawanan dalam membentuk niat keusahawanan. Persepsi pelajar terhadap pendidikan keusahawanan ini diukur berdasarkan tiga pembolehubah iaitu kurikulum keusahawanan, kaedah pengajaran dan peranan universiti. Rekabentuk kajian adalah berbentuk kajian tinjauan dimana data dikumpul melalui pengedaran borang soal selidik. Borang soal selidik yang diedar adalah berbentuk soalan tertutup dengan skala Likert 5 mata. Seramai 114 orang pelajar yang mengambil bidang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Keusahawanan) telah dipilih menerusi kaedah persampelan bertujuan. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kurikulum keusahawanan dan kaedah pengajaran menunjukkan hubungan yang signifikan terhadap niat keusahawanan. Namun, bagi pembolehubah peranan universiti pula menunjukkan sebaliknya iaitu tidak mempunyai hubungan yang signifikan terhadap niat keusahawanan. Secara kesimpulannya, kurikulum dalam pendidikan keusahawanan dan kaedah pengajaran oleh pensyarah dapat membantu meningkatkan niat pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Perception, Entrepreneurship Education, Entrepreneurial Intentions, Students
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
L Education > L Education (General)
Divisions: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 16 Oct 2020 03:26
Last Modified: 16 Oct 2020 03:26
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26104

Actions (login required)

View Item View Item