Sejarah sistem perburuhan di Borneo Utara (1881-1941)

Syaib Ahmed and Maureen De Silva (2020) Sejarah sistem perburuhan di Borneo Utara (1881-1941). Jurnal Borneo Arkhailogia, 5 (1). ISSN 2600-8726

[img] Text
Sejarah Sistem Perburuhan Di Borneo Utara (1881-1941)-Abstract.pdf

Download (100kB)
[img] Text
Sejarah Sistem Perburuhan Di Borneo Utara (1881-1941).pdf
Restricted to Registered users only

Download (269kB)

Abstract

Penghapusan amalan perhambaan mengakibatkan Borneo Utara tidak mempunyai sistem buruh yang teratur untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja. Namun, penguatkuasaan undang-undang membenarkan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBUB) memperkenalkan sistem buruh. Sistem buruh ini kemudian membolehkan SBUB merekrut tenaga kerja dan meningkatkan lagi pembangunan ekonomi di Borneo Utara. Objektif makalah ini adalah untuk menganalisis pelaksanaan sistem buruh yang diperkenalkan di Borneo Utara oleh SBUB dari tahun 1881 hingga 1941. Makalah ini ditulis dengan merujuk kepada sumber utama yang diperoleh dari Arkib Negeri Sabah. Sumber rujukan yang digunakan termasuklah fail pentadbiran kolonial, British North Borneo Herald (BNBH), Pelbagai dan Warta Rasmi. Sumber sekunder seperti buku dan jurnal juga dirujuk sebagai sumber analisis perbincangan. Kajian ini mendapati terdapat dua jenis kontrak digunakan ke atas buruhburuh yang bekerja di Borneo Utara iaitu kontrak bertulis dan kontrak lisan. Kontrak bertulis yang wujud dalam bentuk indentur dan kontrak biasa akan diaplikasikan ke atas buruh-buruh imigran, manakala buruh tempatan akan dikenakan kontrak lisan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Sistem perburuhan , perundangan buruh , SBUB , Borneo Utara
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 20 May 2021 11:05
Last Modified: 20 May 2021 11:05
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/26996

Actions (login required)

View Item View Item