Mengangkasa tamadun bangsa

Jakaria Dasan, (2008) Mengangkasa tamadun bangsa. Utusan Borneo .

[img]
Preview
PDF
67Kb

Abstract

Dari cetusan hati nurani pemimpin kepada cita-cita melahirkan tamadun bangsa yang disegani dan dihormati menjelang tahun 2020, maka Universiti Malaysia Sabah terbina di atas tapak tanah seluas 999 ekar di tengah Bandaraya Kota Kinabalu pada tahun 1994. Wawasan pemimpin dan aspirasi rakyat terus menggagahi pembangunan universiti sehingga mampu mengembangkan sayap ke Wilayah Persekutuan Labuan dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk bertapak pula di Sandakan. Produk universiti pastinya adalah pada graduan yang dihasilkan. Mereka inilah yang diharapkan mewakili kumpulan modal insan berbekalkan minda kelas pertama selaku penggerak kepada wujudnya sebuah tamadun bangsa yang perkasa di masa hadapan. Kumpulan graduan yang pertama dilahirkan oleh Universiti Malaysia Sabah pada tahun 1999 dengan jumlah seramai 640 Ijazah Sarjana Muda, 6 orang Ijazah Sarjana dan 2 orang Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Psikologi. Pada masa itu majlis konvokesyen telah diadakan di Dewan Bangkuasi, Dewan Undangan Negeri Sabah. Bertitik tolak dari situlah, jumlah graduan UMS terus meningkat sehingga hampir ke jumlah 15,000 orang sepertimana tercatat pada Majlis Konvokesyen ke-9, pada tahun lalu. Pada masa kini jumlah pelajar UMS yang masih menuntut di pelbagai Sekolah adalah hampir 18,000 orang. Setelah sembilan Majlis Konvokesyen, maka pada 23 hingga 25 Ogos ini akan berlangsunglah pula Majlis Konvokesyen kali yang ke-10. Sekali lagi di atas pentas dalam Dewan Canselor yang mulia itu, graduan UMS akan menobatkan cita-cita mereka. Cita-cita yang sebenarnya turut menjadi milik ahli keluarga dan masyarakat negara tercinta ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Higher education, Gaining knowledge
Subjects:L Education > LA History of education
Divisions:SCHOOL > School of Business and Economics
ID Code:2701
Deposited By:IR Admin
Deposited On:24 May 2011 15:46
Last Modified:10 Sep 2014 10:29

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository