Penerapan pedagogi pengajaran matematik dan faktor-faktor meningkatkan keberkesanan pembelajaran secara atas talian dengan menggunakan kaedah self-regulated learning di SMK Sikuati II, Kudat Sabah

Hamzah Malajun and Mad Noor Madjapuni (2020) Penerapan pedagogi pengajaran matematik dan faktor-faktor meningkatkan keberkesanan pembelajaran secara atas talian dengan menggunakan kaedah self-regulated learning di SMK Sikuati II, Kudat Sabah.

[img] Text
Penerapan pedagogi pengajaran matematik dan faktor-faktor meningkatkan keberkesanan pembelajaran secara atas talian dengan menggunakan kaedah self-regulated learning di SMK Sikuati II, Kudat Sabah .pdf

Download (39kB)
[img] Text
Penerapan pedagogi pengajaran matematik dan faktor-faktor meningkatkan keberkesanan pembelajaran secara atas talian dengan menggunakan kaedah self-regulated learning di SMK Sikuati II, Kudat Sabah 1.pdf
Restricted to Registered users only

Download (123kB)

Abstract

Pembelajaran secara atas talian merupakan antara cabaran dunia pendidikan pada masa kini, ia bukan hanya disebabkan oleh kepesatan dan perkembangan sains dan teknologi sahaja malah ia penting untuk memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini. Dalam konteks pandemik covid-19 telah memberikan kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dalam bilik darjah tetapi beralih kepada pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Lantaran daripada isu dan permasalahan tersebut, kajian ini diusahakan untuk mengkaji penerapan pedagogi pengajaran matematik secara atas talian dengan menggunakan kaedah self regulated learning di SMK Sikuati II, Kudat Sabah. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif melibatkan responden guru yang mengajar matapelajaran matematik dan pelajar yang mengikuti sesi pembelajaran atas talian. Platform e-pembelajaran Edmodo digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Hasil temubual dengan responden kajian, mendapati terdapat 4 cara penerapan pedagogi pengajaran matematik secara atas talian dengan menggunakan kaedah self regulated learning iaitu membentuk sikap berdikari, sentiasa membimbing, melibatkan murid dalam penetapan perancangan dan matlamat, serta mendorong murid agar sentiasa melakukan refleksi dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran secara atas talian. Ini kerana penerapan pedagogi pengajaran matematik kaedah self regulated learning dapat meningkatkan sikap dan tingkah laku berdikari, berdisplin, minat murid untuk meneruskan pembelajaran dengan baik dan berkesan. Malah murid mampu menilai dan mengawal pemikiran mereka sendiri. Implikasi kajian ini, diharap memberikan sumbangan dalam konteks pembangunan kurikulum pengajaran, penggunaan aplikasi pembelajaran secara atas talian, menambah baik kaedah pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid dengan cemerlang.

Item Type: Proceedings
Uncontrolled Keywords: Pedagogi, Matematik, Atas Talian, Self Regulated Learning
Subjects: ?? LB1603 ??
Q Science > QA Mathematics
Divisions: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 29 Jun 2021 02:35
Last Modified: 29 Jun 2021 02:35
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/27473

Actions (login required)

View Item View Item