Penghasilan produk kordial mengkudu campuran madu

Mohd Nor Amin Misnan, (2005) Penghasilan produk kordial mengkudu campuran madu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000080.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dilakukan sebagai satu usaha penghasilan produk kordial mengkudu campuran madu. Dalam penyelidikan ini, hanya mengkudu yang matang dipilih. Sebanyak 12 formulasi kordial mengkudu campuran madu dihasilkan dengan pengubahsuaian parameter jus mengkudu, gula dan madu dan dari situ 4 formulasi akan dipilih berdasarkan kepada ujian pemeringkatan dimana pada akhirnya hanya 1 formulasi terbaik akan dipilih berdasarkan ujian hedonik. Ujian hedonik dengan 7 senggatan dilakukan untuk penilaian sensori dalam atribut kemasaman, kemanisan, warna, aroma, aftertaste, dan penerimaan keseluruhan dengan menggunakan 30 ahli panel terdiri daripada pelajar SSMP terhadap 4 formulasi terpilih itu. Kemudian ujian mutu simpanan dijalankan yang melibatkan ujian fizikokimia iaitu penentuan pH, vitamin C, kandungan pepejal larut, kelikatan, peratus keasidan dan ujian mikrobiologi. Akhir sekali ujian pengguna dijalankan melibatkan 100 penguji yang dipilih secara rawak. Sampel formulasi 6 (F6) mempunyai nilai skor min yang tertinggi diikuti dengan sampel F9, F12 dan F3. Sam pel F6 menggunakan 25% jus mengkudu, 45% gula, dan 15% madu. Berdasarkan ujian fizikokimia yang telah dilakukan. Didapati sampel F6 mempunyai pH dalam julat 3.79 hingga 3.87, jumlah pepejal terlarut dalam julat 55.00 hingga 58.00D Brix, peratus keasidan dalam julat 0.83 hingga 0.85%. Bagi vitamin C terdapat kemerosotan kandungan vitamin C daripada 28.70 kepada 9.27g/100ml. Kelikatan pula mencatatkan kenaikan daripada 45.10 kepada 53.20cP. Kesemua sampel kordial mengkudu campuran madu menunjukkan tiada pertumbuhan mikroorganisma pada ujian Potato Dextrose Agar (PDA) serta sedikit pertumbuhan pada minggu ke 6 hingga ke 8 pada ujian Plate Count Agar (PCA) sepanjang tempoh penyimpanan 8 minggu untuk ujian mikrobiologi. Menerusi ujian pengguna, didapati bahawa 59% pengguna yang menyukai produk ini dan hanya 11 % responden yang akan membeli produk ini.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Noni, Honey, Cordial
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 02 Jun 2011 07:12
Last Modified: 19 Oct 2017 02:39
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/2972

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository