Pembangunan minuman koko pegaga 4 dalam 1

Chuah, Hooi Hoon (2006) Pembangunan minuman koko pegaga 4 dalam 1. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000113.pdf

Download (10MB) | Preview

Abstract

Satu campuran ramuan yang mengandungi pegaga, koko, gula, susu tepung skim dan air telah digunakan dalam pembangunan miuman koko pegaga 4 dalam 1. Sebanyak 12 formulasi dibangunkan berdasarkan pengubahan kombinasi serbuk koko, pegaga dan gula. Pembangunan minuman koko pegaga telah dijalankan melalui dua langkah dimana melibatkan penghasilan serbuk pegaga dan pencampuran pegaga dengan campuran koko, gula dan susu tepung skim. Formulasi 2 (F2) merupakan formulasi terbaik bagi minuman koko pegaga 4 dalam 1 dan keputusan menunjukkan bahawa F2 memperoleh skor yang tertinggi dalam atribut kepahitan (5.45 ± 1.04), rasa pegaga (5.33 ± 1.29), after taste (6.10 ± 0.98) dan penerimaan keseluruhan (6.30 ± 0.72). Keputusan analisis proksimat menunjukkan bahawa minuman koko pegaga mempunyai kandungan lembapan sebanyak 1.67 ± 0.05, abu (2.72 ± 0.28), protein (16.48 ± 0.33), lemak (1.30 ± 0.12), serabut kasar (0.70 ± 0.08) dan karbohidrat (77.13 ± 0.47). Selepas 8 minggu penyimpanan, sampel minuman koko pegaga hanya mencatatkan 17.3 ± 0.12 °briks iaitu perubahan sebanyak 8.13% sahaja. Nilai pH bagi minuman koko pegaga menunjukkan tiada perubahan ketara dalam 8 minggu penyimpanan. Keputusan menunjukkan jumlah pertumbuhan kulat dan yis bagi minuman koko pegaga yang dikesan antara minggu 1- 8 adalah kurang daripada 10 koloni. Keputusan sensori menunjukkan tiada kemerosotan kualiti dari segi atribut warna, aroma, rasa pegaga, keseimbangan rasa, after taste dan penerimaan keseluruhan. Ujian penyerapan isoterma dan model matematik yang dijalankan telah menunjukkan bahawa anggaran tempoh penyimpanan bagi serbuk koko pegaga dalam plastik OPP/Al/PP ialah 202 had.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Cocoa product, Cocoa beverages, Cocoa pegaga
Subjects: ?? TP500-660 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 07 Jun 2011 08:14
Last Modified: 19 Oct 2017 03:17
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3012

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository