Penghasilan jem mangga campuran avokado

Muftirah Mahmud, (2006) Penghasilan jem mangga campuran avokado. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000117.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian penyelidikan ini adalah untuk menghasilkan jem mangga campuran avokado. Sebanyak 12 formulasi telah dihasilkan dan ujian pemeringkatan dijalankan untuk memilih 3 formulasi yang terbaik. Ujian skala hedonik 7 senggatan dijalankan untuk mengenal pasti formulasi yang paling diterima. Bagi formulasi yang terbaik, ujian fizikokimia, analisis proksimat, ujian mikrobiologi dan ujian perbandingan berganda dilakukan. Kajian pasaran turut dilakukan untuk melihat penerimaan produk ini untuk dipasarkan. Untuk keputusan ujian pemeringkatan, tiga formulasi yang paling disukai ialah formulasi 2, formulasi 3 dan formulasi 4. Daripada ujian skala hedonik, sampel yang paling disukai ialah formulasi 2. Formulasi ini mengandungi 25% mangga, 12% avokado, 47% gula, 0.70% asid sitrik, 0.75% pectin dan 14.55% air. Nilai pH sampel jem yang dihasilkan ialah 3.3 ± 0.2 dan nilai kandungan pepejal larut ialah 67°Briks. Nilai keasidan jem ini ialah 0.65 ± 0.04%. Analisis proksimat menunjukkan peratus kandungan kelembapan ialah 27.14 ± 0.22%, abu ialah 0.49 ± 1.35%, lemak ialah 0.15 ± 1.23%, gentian kasar ialah 2.70 ± 0.56%, protein ialah 0.16 ± 0.72 dan karbohidrat ialah 69.26 ± 0.59%. Jem yang dihasilkan disimpan selama 8 minggu dan menunjukkan kiraan koloni yang kurang daripada 30 cfu per g dan selamat dimakan. Kajian pasaran yang dijalankan menunjukkan 67% menyukai warna jem mangga campuran avokado, 40% lagi menyukai aromanya manakala 70% menyukai rasa keseluruhannya. Sebanyak 83% akan membeli jem ini manakala 17% memilih untuk tidak membeli jem ini.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Jam product, Mixed jam, Mango, Avocado
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 06 Jun 2011 08:48
Last Modified: 19 Oct 2017 03:18
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3016

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository