Pembangunan campuran minuman kopi dukung anak 4 dalam 1

Tai, Yoke Yee (2006) Pembangunan campuran minuman kopi dukung anak 4 dalam 1. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000121.pdf

Download (11MB) | Preview

Abstract

Sampel campuran minuman kopi dukung anak 4 dalam 1 dihasilkan dengan mencampurkan gula, krimer bukan tenusu, serbuk kopi dan serbuk dukung anak. Objektif kajian adalah membangunkan campuran minuman kopi dan memperoleh formulasi terbaik, menjalankan ujian fiziko-kimia dan menentukan nilai proksimat terhadap formulasi yang paling diterima, menjalankan ujian mutu simpanan sepanjang tempoh penyimpanan selama 10 minggu, menentukan jangka hayat simpanan anggaran serta menilai tahap penerimaan pengguna. Sampel campuran minuman kopi (F3) merupakan formulasi yang paling diterima dengan mengandungi 55% gula, 31.5% krimer bukan tenusu, 12.5% serbuk kopi segera dan 1% serbuk dukung anak. Analisis fiziko-kimia ke atas sampel terbaik mendapati nilai pH adalah 5.94 ± 0.03, jumlah pepejal terlarut adalah 13.17 ± 0.29 °Briks dan kandungan lembapan adalah 1.65 ± 0.06%. Analisis proksimat bagi produk yang melibatkan kandungan lembapan, abu, lemak, protein, karbohidrat dan serabut kasar masing-masing ialah 1.66 ± 0.15%, 1.55 ± 0.41%, 2.63 ± 0.14%, 1.08 ± 0.06%, 92.01% dan 1.07 ± 0.29%. Angaran kalori yang terkandung ialah 79.2 kcal. Keputusan ujian mikrobiologi menunjukkan pertumbuhan yis dan kulat sebelum dan selepas disimpan pada suhu bilik (26 ± 2°C) selama 10 minggu adalah kurang daripada 10 cfu/g. Melalui ujian mutu simpanan, didapati bahawa nilai pH, jumlah pepejal terlarut dan kandungan lembapan dalam minuman kopi yang telah disimpan selama 10 minggu menunjukkan sedikit perubahan tetapi tidak mempunyai perbezaan signifikan. Perubahan kandungan lembapan, jumlah pepejal larut dan nilai pH adalah masing-masing 1.69-1.77%, 13.00-12.53°Briks dan 5.87-5.75. Keputusan ujian perbandingan berganda menunjukkan tiada perbezaan signifikan pada semua parameter yang diuji antara produk segar dan yang telah disimpan selama 10 minggu. Daripada keputusan kajian penentuan tempoh penyimpanan, didapati bahawa produk yang dibungkus dengan plastik OPP/Al/PE mempunyai anggaran hayat simpanan selama 2 tahun 5 bulan. Daripada ujian pengguna, didapati bahawa 73% panel suka akan produk tersebut dan 72% dikatakan akan membeli jika produk tersebut dipasarkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Coffee mixture, 4 in 1 coffee, Dukung anak coffee, Coffee development
Subjects: ?? TP500-660 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 06 Jun 2011 08:43
Last Modified: 19 Oct 2017 03:20
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3020

Actions (login required)

View Item View Item