Pembangunan sos jambu batu campuran jus limau nipis

Nur Aziemah Idris, (2010) Pembangunan sos jambu batu campuran jus limau nipis. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000158.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan produk sos pencuci mulut daripada buah jambu batu campuran perahan limau nipis. Daripada lapan formulasi yang dibangunkan, keputusan ujian penilaian sensori skala hedonik menunjukkan F6 iaitu sampel 925 dipilih sebagai sampel terbaik. Sampel F6 merupakan formulasi dengan kombinasi 40% puri jambu batu, 1% jus limau nipis dan 20% gula. F6 mencatatkan nilai min yang tertinggi pada hampir setiap penilaian attribut yang dikaji dan menunjukkan perbezaan yang signifikan (p<0.05) pada atribut warna dan penerimaan keseluruhan. Ujian mutu simpanan yang dijalankan selama 8 minggu pada suhu 25± 2°C menunjukkan terdapat peningkatan yang signifikan (p<0.05) antara kandungan kelembapan, peratus keasidan, kandungan Vitamin C dan warna. Keputusan ujian mikrobiologi menunjukkan bilangan koloni bakteria, yis dan kulat belum berada dalam julat 25-250. Ujian sensori perbandingan berganda menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) bagi atribut aroma dan juga penerimaan keseluruhan. Dijangkakan produk sos ini mempunyai tempoh hayat penyimpanan melebihi 8 minggu. Ujian pengguna menunjukkan produk sos jambu batu campuran perahan limau nipis mempunyai potensi pembelian yang balik dan mampu memperbanyakkan lagi sos pencuci mulut di pasaran.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Guava sauce, Lemon juice
Subjects: ?? TP368-456 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 27 Jun 2011 08:43
Last Modified: 19 Oct 2017 02:27
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3093

Actions (login required)

View Item View Item