Status pemakanan ibu mengandung di daerah Tuaran

Nik Suzilawati Enderin, (2005) Status pemakanan ibu mengandung di daerah Tuaran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000213.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai status pemakanan, menentukan tahap pengetahuan dan faktor-faktor yang mempengaruhi status pemakanan ibu-ibu mengandung di beberapa klinik kerajaan Daerah Tuaran. Responden terdiri daripada sejumlah 200 orang ibu mengandung di peringkat trimester pertama (n=29), trimester kedua (n=72) dan trimester ketiga (n=99). Responden adalah terdiri daripada pelbagai etnik seperti Bajau, Dusun, Kadazan dan Murut. Kajian ini melibatkan tinjauan menggunakan borang soal selidik. Status pemakanan telah ditentukan melalui penilaian diet menggunakan kaedah Ingatan Diet 24 - jam untuk sehari secara temubual dan dianalisis menggunakan Nutrical versi 11.1. SPSS versi 11 telah digunakan untuk anal isis data. Hasil kajian mendapati nilai min pengambilan tenaga meningkat dengan peningkatan trimester. Peratusan karbohidrat (62.37%) dari jumlah pengambilan kalori bagi kumpulan responden yang dikaji (n=200) adalah tinggi berbanding lemak (22.86%) dan protein (44.48%). Penilaian diet mendapati pengambilan pengambil niasin, vitamin A, thiamin, riboflavin dan asid folik responden adalah dibawah 2/3 RDA Malaysia di mana lebih daripada 50 % daripada responden adalah berisiko kekurangan niasin, vitamin A dan thiamin. Hasil kajian mendapati bahawa faktor faktor seperti umur ibu, bilangan anak, pendapatan, amalan pengambilan minuman beralkohol dan merokok semasa mengandung mempunyai hubungan yang signifikan (p<0.05) dengan pengambilan tenaga dan sesetengah nutrien. Responden yang ber1atar belakang pendidikan formal mempunyai pengetahuan yang lebih baik mengenai pemakanan amnya dan pemakanan semasa mengandung khususnya (p<0.05) berbanding dengan responden yang tidak berpendidikan formal. Secara kesimpulannya, status pemakanan responden mungkin adalah kurang baik kerana terdapat pengambilan beberapa nutiren yang tidak mematuhi RDA Malaysia.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Nutrition Pregnant, Nutrition knowledge, Tuaran
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 11 Aug 2011 04:55
Last Modified: 20 Oct 2017 05:39
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3205

Actions (login required)

View Item View Item