Penghasilan kordial jambu batu campuran betik

Syahrizan Anggas, (2006) Penghasilan kordial jambu batu campuran betik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000223.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk menghasilkan produk kordial jambu batu campuran betik. Dalam kajian ini, sebanyak 12 formulasi telah dihasilkan dan pemilihan formulasi terbaik adalah berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi daripada ujian sensori yang telah dijalankan. Sebanyak 3 formulasi terbaik iaitu F10, F11 dan F12 telah dipilih melalui ujian pemeringkatan berdasarkan kepada nilai skor min terbaik Berdasarkan ujian hedonik, formulasi yang paling digemari oleh ahli panel adalah formulasi F12 yang mengandungi 34% jus jambu batu, 5% jus betik dan 45% gula. la mendapat min skor tertinggi bagi atribut kemanisan (4.05 ± 0.82), rasa jambu batu (4.33 ± 0.S8), rasa betik (4.37 ± 0.49), aftertaste (3.40 ± 0.81) dan penerimaan keseluruhan (5.OO ± 0.83). Formulasi terbaik ini dilakukan ujian fizikokimia, analisis proksimat, ujian mutu simpanan dan kajian pengguna. Ujian mutu simpanan dilakukan salama 8 minggu melalui ujian flZikokimia dan ujian mikrobiologi. Ujian fizikokimia menunjukkan F12 mengandungi jumlah pepejal larut sebanyak 52.00 ± O.OooBriks, nilai pH 3.50 ± 0.01 dan kandungan keasidan tertitrat 3.10 ± 0.01%. Analisis proksimat menunjukkan kordial ini mengandungi kelembapan 55.80 ± 0.29%, abu 0.27 ± 0.00%, protein O.SO ± 0.01 %, lemak 0.00 ± 0.00%, serabut kasar 0.71 ± 0.01%, karbohidrat 42.59 ± 0.29% dan kandungan vitamin C 13.03 ± 0.06mg/100g. Ujian fizikokimia untuk ujian mutu simpanan menunjukkan perubahan kandungan jumlah pepejal larut dari 52.00 ± 0.00 ke 54.30 ± 0.29. Begitu juga ujian pH dari 3.50 ± 0.01 ke 3.55 ± 0.01 pada suhu bilik. Ujian keasidan tertitrat mendapati peratusan keasidan menurun pada suhu bilik iaitu dari 3.10 ± 0.01 kepada 3.05 ± 0.01. Ujian mikrobiologi menunjukkan bahawa tiada pertumbuhan mikroorganisma semasa penyimpanan. Sampel segar kordial yang digunakan untuk menjalani kajian pengguna menunjukkan bahawa 40% pengguna mempunyai kepastian akan membeli produk ini dan 65% responden menyatakan bahawa kordial ini sesuai dipasarkan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Guava, Papaya, Cordial product
Subjects: ?? TP500-660 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 08 Aug 2011 01:39
Last Modified: 20 Oct 2017 06:09
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3218

Actions (login required)

View Item View Item