Pembangunan minuman jus campuran Jambu Batu dan Rumpai Laut, Kappaphycus Alvarezii

Chan, Weng May (2010) Pembangunan minuman jus campuran Jambu Batu dan Rumpai Laut, Kappaphycus Alvarezii. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000489.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Pembangunan minuman jus campuran jambu batu dengan rumpai laut telah berjaya mencapai objektif kajian. Tujuan utama penghasilan jus campuran adalah untuk mempelbagaikan lagi minuman jus buah-buahan di samping membangunkan produk makanan dari rumpai laut. Jus yang dihasilkan telah mendapat sambutan baik daripada ahli panel. Formulasi terbaik F7, diperolehi melalui penilaian sensori melibatkan ujian pemeringkatan dan ujian hedonik yang telah dijalankan oleh ahli panel yang terdiri daripada pelajar Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan, Universiti Malaysia Sabah. Formulasi F7 telah diuji dari segi kawalan mutu simpanan yang merangkumi analisis fizikokimia, analisis mikrobiologi dan juga analisis sensari. Analisis fizikokimia merangkumi pengukuran nilai pH, kandungan pepejal terlarut dan peratus keasidan tertitrat. Hasil ujian kawalan mutu simpanan selama 6 minggu menunjukkan jus campuran yang dihasilkan mengalami perubahan dari segi nilai pH, kandungan pepejal terlarut dan peratus keasidan tertitrat. Sampel yang disimpan pada suhu sejuk mempunyai pH 4.15 ± 0.02, kandungan pepejal terlarut 9.8 ± 0.00 ̊Briks, dan kandungan keasidan tertitrat meningkat kepada 0.61 ± 0.0l. Jumlah kiraan plat pada minggu ke-5 bagi media PCA dan PDA adalah 6.6 x 10� dan 1.7 x 10�. Oleh itu, jus campuran jambu batu dengan rumpai laut yang dlhasilkan mempunyai jangka hayat penyimpanan selama 5 minggu.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Seaweed guava juice, Fruit juices, Physiocochemical analysis, Kappaphycus Alvarezii
Subjects: ?? TP500-660 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 13 Jul 2012 02:53
Last Modified: 23 Oct 2017 01:00
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3482

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository