Penghasilan serbuk jambu batu untuk produk minuman teh jambu batu

Chuah, Loo Inn (2009) Penghasilan serbuk jambu batu untuk produk minuman teh jambu batu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000495.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan serbuk jambu batu dengan pengering kabinet pada suhu 50ᴼC, 60ᴼC dan 70ᴼC sehingga kandungan air akhir mencapai 10% ± 0.50 dan hirisan jambu batu kering dikisar menjadl serbuk. Peratusan perolehan serbuk jambu batu dari buah jambu batu segar adalah 10.53 % ± 0.32 (50ᴼC), 10.68 % ± 0.96 (60ᴼC), dan 10.38 % ± 0.38 (70ᴼC). Serbuk jambu batu seterusnya digunakan untuk menghasilkan produk minuman teh jambu batu. Ujian penilaian deria menunjukkan sampel F2, dengan 10g serbuk jambu batu (suhu pengeringan 50ᴼC) bercampuran 10g gula kastor paling digemari responden. Skor min berdasarkan atribut-atribut sensori bagi sampel F2 adalah 6.10 ± 0.74 (warna), 5.70 ± 0.91 (aroma jambu batu), 5.18 ± 0.98 (rasa jambu batu), 5.58 ± 0.81 (kemanisan), 5.73 ± 1.03 (kemasaman), dan 5.90 ± 0.81 (penerimaan keseluruhan). Keputusan analisis proksimat menunjukkan minuman teh jambu batu yang dihasilkan mengandungi 8.13 % ± 0.08 air, 1.72 % ± 0.14 abu, 0.56 % ± 0.06 protein, 0.92 % ± 0.04 lemak, 8.92 % ± 0.08 serabut kasar dan 79.75 % ± 0.10 karbohidrat. Aktiviti air serbuk jambu batu yang dihasilkan pada suhu pengeringan 50ᴼC, 60ᴼC dan 70ᴼC adalah sebanyak 0.53, 0.54 dan 0.54 masing-masing. Sepanjang tempoh penyimpanan selama lapan minggu, nilai pH produk menurun dari 4.11 ± 0.01 kepada 3.90 ± 0.02; jumlah asid tertitrat produk meningkat dari 0.08 %± 0.01 kepada 0.13 % ± 0.01; jumlah pepejal terlarut produk menurun dari 8.13ᴼ ± 0.08 kepada 7.67 ± 0.08; manakaJa air meningkat dari 8.13ᴼ%± 0.08 meningkat menjadl 9.91 % ± 0.12. Kira-kira 61.86% Vitamin C telah hilang sepanjang proses penghasilan serbuk jambu batu. Vitamin C dalam serbuk jambu batu yang dihasilkan pada suhu pengeringan 50ᴼC, 60ᴼC dan 70ᴼ C masing-masing sebanyak 50.79 ± 1.12mg/100g, 44.48 ± 0.38 mg/l00g, dan 41.48 ± 1.12mg/100g. Vitamin C dalam minuman teh jambu batu adalah sebanyak 33.69 ± 0.74 mg/100g. Penyimpanan procluk pada suhu biJik (~28ᴼC) menunjukkan bebas daripada pertumbuhan mikroorganisma bagi produk walaupun teJah disimpan selama Japan minggu. Ujian pengguna yang melibatkan 100 responden menunjukkan sebanyak 95% pengguna suka terhadap atrlbut sensori produk secara keseJuruhannya.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Fruit, Guava, Guava powder, Guava tea product
Subjects: ?? TP500-660 ??
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 01 Mar 2012 01:48
Last Modified: 23 Oct 2017 01:01
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/3485

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository